Undang-undang jagaan kesihatan ibu di Malaysia: hak pesakit wanita di hospital kerajaan

Anisah Che Ngah, and Azlinda Baroni, and Noraihan Mohd Nordin, (2019) Undang-undang jagaan kesihatan ibu di Malaysia: hak pesakit wanita di hospital kerajaan. International Journal of Public Health Research, 9 (1). pp. 1025-1042. ISSN 2232-0245

[img]
Preview
PDF
599kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/ijphr/index.php/ijphr/issue/vie...

Abstract

Pengenalan Wanita sebagai pesakit adalah satu keadaan biasa. Walau bagaimanapun, pesakit wanita daripada kategori pesakit obstetrik atau ginekologi, mereka berada dalam satu kategori lain. Ini kerana pesakit O&G akan diwadkan di wad bersalin atau bilik bersalin mengikut keperluan kesihatan serta perawatan mereka. Penjagaan dan perawatan di wad bersalin dan bilik bersalin adalah melibatkan rawatan dan penjagaan oleh sekumpulan doktor perubatan, bidan dan jururawat terlatih di dalam bidang kepakaran obstetrik dan ginekologi. Justeru, keutamaan meneliti undang-undang dan perundangan yang berkaitan perlindungan hak pesakit wanita semasa mereka mengggunakan wad bersalin dan bilik bersalin adalah asas utama dalam menentukan sama ada hak-hak tersebut wujud di dalam perkhidmatan jagaan kesihatan berkaitan wanita hamil. Penelitian terhadap peruntukan undang-undang khusus kesihatan wanita, polisi kesihatan serta garis panduan mengenai wanita hamil dibuat bagi melihat impak dan kesan undang-undang, polisi kesihatan atau garis panduan tersebut terhadap perkhidmatan jagaan kesihatan yang diberikan, termasuklah meneliti kelayakan, keupayaan serta jumlah doktor di bahagian obstetrik dan ginekologi samada ianya memenuhi keperluan di wad bersalin dan di bilik bersalin hospital kerajaan. Metodologi Metod kajian doktrinal undang-undang telah digunakan dengan mengambil pendekatan empirikal di mana temuramah dan perbincangan kumpulan fokus telah dilakukan bersama doktor pakar O&G dan pegawai perubatan dan jururawat masyarakat O&G terpilih dari Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Keputusan Dapatan menunjukkan terdapat polisi serta garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia yang menggariskan tentang hak pesakit wanita semasa berada di wad bersalin dan di bilik bersalin. Tetapi, terdapat kekurangan dari aspek undang-undang dan polisi kerajaan iaitu tidak terdapat sebarang undang-undang yang khusus berkenaan hak pesakit wanita hamil ataupun dasar yang jelas tentang kesihatan wanita. Kesimpulan Penulisan ini menyimpulkan bahawa terdapat keperluan kepada satu polisi baharu bagi memperkukuhkan tadbir-urus di wad bersalin lantas meningkatkan dan memantapkan mutu jagaan kesihatan sebagai hak pesakit wanita di wad bersalin hospital kerajaan.

Item Type:Article
Keywords:Undang-undang jagaan kesihatan; Kementerian Kesihatan Malaysia; Obstetrik dan ginekologi; Pesakit wanita; Wad bersalin hospital kerajaan
Journal:International Journal of Public Health Research
ID Code:12713
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Mar 2019 01:30
Last Modified:26 Mar 2019 21:53

Repository Staff Only: item control page