Azimatun Noor Aizuddin, and Zunianfih Sain, (2019) Faktor-faktor yang mempengaruhi psikososial pesakit kanak-kanak talasemia. International Journal of Public Health Research, 9 (1). pp. 1090-1099. ISSN 2232-0245
|
PDF
336kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/ijphr/index.php/ijphr/issue/vie...
Abstract
Pengenalan Penyakit talasemia merupakan masalah kesihatan yang berat kerana ia memberi beban psikososial bukan sahaja terhadap pengidapnya malah ekosistem pengidap juga turut terganggu. Antara kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh pesakit adalah masalah psikososial terutamanya dalam proses perkembangan dan pertumbuhan pesakit. Oleh itu, kajian ini mengkaji apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi psikososial pesakit Talasemia. Kaedah Satu kajian irisan lintang telah dijalankan terhadap 161 orang pesakit kanak-kanak Talasemia Major di Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas dan Hospital Daerah Keningau, Sabah pada Februari hingga April 2013. Soal selidik PedsQL 4.0 Generic Core Scale dan Social Support yang telah divalidasi telah digunakan. Keputusan Hasil kajian menunjukkan min skor psikososial keseluruhan adalah 68.50 (SP 15.18) dengan min skor psikososial fungsi persekolahan yang terendah iaitu 58.38 (SP 17.82). Didapati hanya faktor jantina memberikan hubungan yang signifikan dengan kesan psikososial fungsi emosi. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor sociodemografi yang lain dengan skor kesan psikososial keseluruhan mahupun dengan kesan psikososial setiap fungsi. Bagi hubungan dengan subskala faktor sokongan sosial pula, didapati terdapat hubungan yang signifikan daripada di antara skor kesan psikososial setiap fungsi dan secara keseluruhan dengan faktor sokongan sosial ibu bapa, rakan karib, rakan sekelas dan guru. Hasil analisa multivariate regresi linear menunjukkan bahawa faktor sokongan sosial daripada rakan sekelas merupakan faktor yang signifikan mempengaruhi psikososial pesakit kanak-kanak Talasemia Major. Kesimpulan Kesimpulannya, faktor sokongan sosial terutamanya daripada rakan sebaya adalah amat penting dalam mempengaruhi psikososial pesakit kanak-kanak Talasemia Major dalam mengharungi kefungsian hidup mereka seperti kanak-kanak normal yang lain.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Psychosocial; Peds QL; Thalassemic children; Thalassemia major |
Journal: | International Journal of Public Health Research |
ID Code: | 12719 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 25 Mar 2019 03:13 |
Last Modified: | 26 Mar 2019 22:02 |
Repository Staff Only: item control page