Rubayah Yakob, and Nor Hamizah Abd Rahman, (2017) Analisis pemilikan takaful keluarga atau insurans hayat dalam kalangan B40. Journal of Quality Measurement and Analysis, 13 (2). pp. 29-38. ISSN 1823-5670
PDF
Restricted to Registered users only 547kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jqma/jqma13_2a.html
Abstract
Takaful keluarga atau insurans hayat merupakan mekanisme ekonomi yang memainkan peranan penting dalam menyediakan keselamatan ekonomi individu daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya isi rumah berpendapatan 40 terendah (B40) yang dikatakan sebagai kumpulan yang mudah terjejas dengan kejutan ekonomi yang berlaku. Kepentingan takaful keluarga atau insurans hayat menjadi semakin ketara dengan peningkatan risiko yang dihadapi oleh isi rumah B40 seperti kos sara hidup yang semakin tinggi, tabungan yang rendah dan keberhutangan yang tinggi sekaligus mendedahkan kumpulan ini kepada risiko ketidakselamatan ekonomi. Berdasarkan latar belakang ini, adalah penting satu kajian dilakukan untuk menyiasat sejauh mana pemilikan takaful keluarga atau insurans hayat dalam kalangan isi rumah B40 dan mengenal pasti hubungan antara pemilikan tersebut dengan faktor demografi dan sosioekonomi. Data kajian ini diperoleh daripada soal selidik yang diedarkan kepada 100 isi rumah B40 yang telah dikenal pasti melalui pensampelan tak berkebarangkalian bertujuan. Analisis statistik khi kuasa dua digunakan bagi mengenal pasti ciri-ciri demografi dan sosioekonomi yang mempunyai hubungan dengan pemilikan takaful keluarga atau insurans hayat. Kajian menunjukkan bahawa status perkahwinan, bangsa, pendapatan, pemilikan unit kediaman dan jenis unit kediaman mempunyai hubungan dengan pemilikan. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input kepada pihak industri tentang ciri-ciri demografi dan sosioekonomi B40 yang perlu diambil kira dalam mengatur strategi pemasaran dan program pendidikan dalam membangunkan sesuatu produk, seterusnya meningkatkan taraf isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas menengah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pemilikan; Takaful; Insurans hayat; B40; Demografi; Sosioekonomi |
Journal: | Journal of Quality Measurement and Analysis |
ID Code: | 12722 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 01 Apr 2019 08:05 |
Last Modified: | 03 Apr 2019 10:39 |
Repository Staff Only: item control page