Peningkatan prestasi proses menggunakan kaedah reka bentuk uji kaji dalam industri bahan kimia

Tengku Adlina Tengku Muda, and Zainol Mustafa, (2017) Peningkatan prestasi proses menggunakan kaedah reka bentuk uji kaji dalam industri bahan kimia. Journal of Quality Measurement and Analysis, 13 (2). pp. 39-48. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Registered users only

826kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/jqma13_2a.html

Abstract

Industri Bahan Kimia merupakan industri yang makin berkembang dan mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran selaras dengan perkembangan teknologi yang kian pesat. Persaingan antara kilang sentiasa berlaku dan pihak pengurusan sentiasa mencari kaedah yang paling baik serta menjimatkan kos bagi meningkatkan produktiviti. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah reka bentuk uji kaji bagi membantu kilang menentukan syif dan mesin yang terbaik yang menjadi panduan bagi penghasilan pigmen Titanium Dioksida yang berkualiti tinggi mengikut permintaan pelanggan. Kajian yang dilakukan ini dapat dijadikan panduan kepada pengusaha kilang untuk memahami kaedah reka bentuk uji kaji dan mengamalkan kaedah ini pada masa akan datang bagi mengurangkan sebarang kecacatan yang berlaku kepada produk yang dihasilkan. Mesin yang digunakan untuk menghasilkan hablur Titanium Dioksida ialah mesin XSM Milling yang memerlukan masa selama 90 minit bagi mendapatkan saiz hablur mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pihak kilang bercadang untuk menukarkan mesin XSM Milling ini kepada mesin Speedmixer yang hanya memerlukan masa selama 4 minit sekaligus membantu kilang untuk menghasilkan lebih banyak produk seiring dengan permintaan pelanggan yang sentiasa meningkat tanpa menjejaskan kualiti produk yang dihasilkan. Kajian ini adalah untuk melihat kemampuan mesin baharu dalam menghasilkan pigmen yang berkualiti tinggi sekaligus membantu menjimatkan masa pemprosesan bahan dan secara tidak langsung memberi keuntungan kepada kilang. Melalui kajian yang telah dibuat, didapati mesin Speedmixer merupakan mesin yang terbaik untuk digunakan bagi mendapatkan saiz hablur Titanium Dioksida yang diperlukan.

Item Type:Article
Keywords:Reka bentuk uji kaji; Industri bahan kimia; Peningkatan prestasi proses
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:12723
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Apr 2019 08:09
Last Modified:03 Apr 2019 10:40

Repository Staff Only: item control page