Kesan faktor kepuasan dan kesetiaan terhadap produktiviti pekerja

Nor Arifah Habli, and Zalina Mohd Ali, and Zainol Mustafa, (2017) Kesan faktor kepuasan dan kesetiaan terhadap produktiviti pekerja. Journal of Quality Measurement and Analysis, 13 (2). pp. 59-68. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Registered users only

648kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/jqma13_2a.html

Abstract

Tenaga kerja merupakan faktor penyumbang kepada produktiviti organisasi dan seterusnya menjadi penentu kepada kelangsungan kejayaan dan kemajuan sesebuah negara. Justeru keprihatinan pihak pengurusan organisasi dalam memenuhi kebajikan dan keperluan pekerja diharap dapat meningkatkan tahap kepuasan mereka terhadap pekerjaan yang dilakukan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor kepuasan pekerja yang mempengaruhi kesetiaan dan produktiviti pekerja serta menentukan kesan kesetiaan terhadap produktiviti mengikut organisasi sama ada kerajaan atau swasta. Seramai 270 responden di Selangor terlibat dalam kajian ini dengan 137 responden terdiri daripada kakitangan kerajaan dan 133 responden dalam kalangan kakitangan swasta. Hasil kajian mendapati hubungan antara pekerja mempengaruhi produktiviti pekerja bagi kedua-dua kategori pekerja yang dikaji. Keputusan ini dapat dilihat menerusi analisis model dalaman menggunakan Permodelan Persamaan Struktur-Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM). Selain itu, kesetiaan juga jelas mempengaruhi produktiviti pekerja. Hasil ujian perbandingan min menunjukkan wujud perbezaan signifikan tahap kepuasan pekerja swasta dan kerajaan bagi faktor gaji, hubungan antara pekerja, peluang kenaikan pangkat, peluang meningkatkan kemahiran dan penyeliaan serta min tahap persetujuan kesetiaan responden terhadap organisasi terbabit.

Item Type:Article
Keywords:Swasta; Kerajaan; Hubungan antara pekerja
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:12725
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Apr 2019 08:17
Last Modified:03 Apr 2019 10:42

Repository Staff Only: item control page