Hazura Mohamed, and Hairulliza Mohamad Judi, and Noraidah Sahari@Ashaari, and Mohamad Nurman Yaman, and Nasrul Amir Abdul, (2018) Penilaian kualiti penyampaian perkhidmatan pasca siswazah: satu kajian di sebuah universiti awam. Journal of Quality Measurement and Analysis, 14 (1). pp. 45-54. ISSN 1823-5670
PDF
Restricted to Registered users only 445kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jqma/jqma14_1a.html
Abstract
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merupakan salah sebuah universiti penyelidikan yang menitik berat kualiti perkhidmatan kepada pelajar pasca siswazah. Justeru, keperluan pelajar pasca siswazah terhadap kualiti perkhidmatan yang disediakan perlu diukur bagi mencermin iltizam UKM untuk menjadi antara universiti penyelidikan terbaik di negara ini. Kualiti penyampaian perkhidmatan dan kepuasan pelajar menjadi tunggak keberkesanan universiti. Kualiti penyampaian perkhidmatan yang ditawar kepada pelajar merupakan pembeza utama antara satu universiti dengan universiti yang lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kualiti perkhidmatan yang melibatkan aspek fizikal sedia ada di UKM. Tinjauan menerusi soal selidik telah digunakan bagi pengumpulan data. Soal selidik telah diedarkan di kalangan 327 orang pelajar pasca siswazah UKM aliran sains. Kajian ini memberi fokus terhadap tiga penyampaian perkhidmatan fizikal iaitu perpustakaan, pusat kesihatan dan hal-ehwal siswazah. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan pelajar pasca siswazah terhadap perkhidmatan perpustakaan (min = 3.96), hal ehwal siswazah (3.68) dan pusat kesihatan adalah (3.95) yang berada pada tahap baik. Sementara itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan signifiken terhadap perkhidmatan hal ehwal siswazah antara pelajar pasca siswazah tempatan dan antarabangsa (nilai-p < 0.05). Secara umumnya, dapatan ini menggambarkan pelajar berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kualiti perkhidmatan; Tahap kepuasan; Pasca siswazah |
Journal: | Journal of Quality Measurement and Analysis |
ID Code: | 12729 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Apr 2019 02:34 |
Last Modified: | 03 Apr 2019 10:59 |
Repository Staff Only: item control page