Model kecemerlangan prestasi berasaskan nilai teras: kesan faktor dalaman dan luaran terhadap prestasi universiti awam

Mohd Fairuz Azizi Abdullah, and Idayuwati Abdullah@Ab Rahma, and Nur Jumaadzan Zaleha Mamat, and Zainol Mustafa, and Nur Riza Mohd Suradi, (2018) Model kecemerlangan prestasi berasaskan nilai teras: kesan faktor dalaman dan luaran terhadap prestasi universiti awam. Journal of Quality Measurement and Analysis, 14 (1). pp. 55-66. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Registered users only

716kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/jqma14_1a.html

Abstract

Model Kecemerlangan Prestasi berasaskan Nilai Teras (Value-Based Total Performance Excellence Model, VBTPEM) merupakan satu daripada alat pengukur prestasi organisasi secara keseluruhan yang menekankan kepada pengukuran aspek-aspek tidak zahir, iaitu nilai-nilai teras organisasi. Dalam makalah ini, prestasi universiti awam diukur berasaskan faktor dalaman meliputi nilai kepimpinan, pengurusan sumber dan budaya, dan juga faktor luaran, iaitu nilai pihak-pihak berkepentingan. Sebelas buah uinversiti awam telah mengambil bahagian dalam satu tinjauan pengukuran nilai-nilai teras menggunakan borang soal selidik. Kajian ini menggunakan perisian SmartPLS untuk mengkaji hubungan faktor-faktor yang dinyatakan dan prestasi Keputusan daripada analisis PPS-KDTS yang dijalankan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara nilai-nilai dalam pengurusan sumber dan prestasi universiti awam, dengan nilai-nilai budaya organisasi sebagai pemboleh ubah pengantara serta wujud hubungan tidak langsung yang signifikan antara nilai-nilai kepimpinan dan prestasi universiti awam melalui nilai-nilai pihak berkepentingan.

Item Type:Article
Keywords:Nilai-nilai teras; Prestasi universiti; Kuasa dua terkecil separa
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:12730
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Apr 2019 02:44
Last Modified:03 Apr 2019 10:58

Repository Staff Only: item control page