Pembuatan keputusan multikriterium dengan pendekatan vikor dalam penarafan QS-AUR dan THE-AUR

Wan Zawiah Wan Zin @ Wan Ibrahim, and Wan Fatimah Jawahir Wan Razali, (2018) Pembuatan keputusan multikriterium dengan pendekatan vikor dalam penarafan QS-AUR dan THE-AUR. Journal of Quality Measurement and Analysis, 14 (1). pp. 125-133. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Registered users only

497kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/jqma14_1a.html

Abstract

Penarafan kedudukan institusi pendidikan tinggi merupakan satu keputusan yang memberikan gambaran mengenai prestasi sesebuah universiti serta perbandingan antara universiti. Walaupun penarafan bukanlah perkara utama yang dititikberatkan di dalam sektor pendidikan, namun, melalui hasil penarafan inilah pihak pentadbir sesebuah universiti dapat mengenalpasti kelemahan universiti tersebut dalam kriterium yang diambilkira berbanding dengan institusi lain dan seterusnya mengambil langkah-langkah penambahbaikan yang sewajarnya. Secara umumnya, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambilkira dua sistem penarafan antarabangsa dalam menilai prestasi universiti di Malaysia iaitu sistem penarafan Quacquarelli Symonds (QS) dan Times Higher Education (THE). Kedua-dua sistem tersebut mengambilkira beberapa kriterium dalam penarafan universiti. Kajian ini menggunakan pendekatan pembuatan keputusan multikriterium kaedah VIKOR untuk menentukan penarafan universiti di Asia (Asia University Ranking - AUR) berdasarkan satu set alternatif dalam kehadiran kriterium dengan konflik. Kaedah VIKOR dipilih memandangkan kaedah ini menfokuskan kepada penarafan sesuatu set kriterium. Data penarafan QS-AUR dan THE-AUR tahun 2018 bagi 73 buah universiti di Asia telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah multivariat VIKOR mengambilkira nilai bagi ukuran utiliti dan penyesalan dan penyelesaiannya dicadangkan berdasarkan satu kompromi antara kedua-dua ukuran ini yang seharusnya paling hampir dengan keadaan ideal. Keputusan mendapati bahawa analisis VIKOR ini memberikan pangkat pertama kepada National University of Singapore (NUS) bagi kedua-dua data yakni sama dengan keputusan penarafan QS dan THE. Namun, masih terdapat perbezaan bagi hasil analisis VIKOR dengan pangkat yang diberikan oleh data penarafan ini bagi sebahagian besar universiti yang dikaji. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberikan gambaran kepada penyelidik dan pentadbir universiti mengenai alternatif lain untuk penarafan yang mengambilkira ukuran ke arah penyelesaian ideal untuk penarafan universiti bagi kedua-dua sistem penarafan QS dan THE.

Item Type:Article
Keywords:Pembuatan keputusan multikriterium; VIKOR; Penarafan; QS-AUR; THE-AUR
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:12737
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Apr 2019 03:28
Last Modified:03 Apr 2019 10:45

Repository Staff Only: item control page