Pembinaan instrumen ATSS Dilema-Nutrisi: menilai kesahan dan kebolehpercayaan

Zainun Mustafa, and Nooraida Yakob, (2018) Pembinaan instrumen ATSS Dilema-Nutrisi: menilai kesahan dan kebolehpercayaan. Journal of Quality Measurement and Analysis, 14 (2). pp. 55-66. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

512kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/current.html

Abstract

ATSS Dilema-Nutrisi merupakan instrumen yang dibina bagi mengukur pemikiran berorientasikan matlamat berpandukan tatacara Articulated Thought in Simulated Situation (ATSS). Instrumen ini adalah dalam Bahasa Melayu dan direka khusus bagi belia Muslim di Malaysia untuk memahami pola perilaku kognitif pelajar tingkatan empat aliran sains tulen apabila dirangsang untuk berfikir dalam pelbagai situasi berkaitan dengan makanan dan amalan pemakanan di luar konteks peperiksaan. Sebelum digunakan, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen dibincangkan dan dinilai melalui kajian rintis. Dalam makalah ini, beberapa pendekatan bagi meningkatkan kesahan instrumen telah dibincangkan. Seterusnya, berdasarkan maklum balas daripada kajian rintis, penilaian terperinci terhadap kesahan dan kebolehpercayaan telah dilakukan. Penilaian ini dilakukan dengan menggunakan pengiraan berdasarkan statistik perihalan dan perisian SPSS 23. Hasil penelitian kesahan bagi ATSS Dilema-Nutrisi mendapati Purata Peratus Kekongruenan (ACP) ialah 90.9%, Kesahan Kandungan untuk Setiap Item (I-CVI) dan Kesahan Kandungan untuk Skala Keseluruhan (S-CVI) ialah 1.0. Manakala, Persetujuan antara Penilai (IRA) ialah 0.916, Kebolehpercayaan antara Penilai (IRR) ialah 0.763, nilai Pekali antara Kelas (ICC) 0.969, Pekali Intrakelas 0.978 dan Pekali Konkordans Kendall bagi keharmonian respons (W) ialah 0.056. Berdasarkan dapatan nilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang dinyatakan, instrumen mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang baik. Setelah instrumen ditambah baik berdasarkan komen-komen pakar, instrumen ini telah digunakan dalam kutipan data.

Item Type:Article
Keywords:ATSS; Perilaku kognitif; Situasi simulasi; Pendidikan biologi; Pertuturan pemikiran dalam situasi yang disimulasikan; Sains Tauhidik
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:12743
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Apr 2019 08:06
Last Modified:03 Apr 2019 11:07

Repository Staff Only: item control page