Hasniyati Hamzah, and Nazari Ismail, (2018) Pemilikan rumah bergadaijanji di Malaysia: isu dan solusi jangka masa panjang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (2). pp. 26-40. ISSN 2180-2491
|
PDF
409kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1088
Abstract
Sejak kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyokong pemilikan rumah dalam kalangan rakyat berdasarkan faktor kestabilan sivil dan penjanaan ekonomi. Namun begitu, polisi dan penyelidikan tempatan jarang memperincikan jenis pemilikan rumah iaitu pemilikan mutlak, pemilikan separa dan pemilikan bergadaijanji sedangkan majoriti pemilikan rumah di bawah gadaijanji. Pemilikan rumah bergadaijanji tidak mutlak selagi hutang rumah tidak dijelaskan sepenuhnya. Kesejahteraan pemilik rumah bergantung kepada kemampuan bayaran balik hutang dan kos perumahan. Oleh itu, terdapat keperluan bagi penyelidik perumahan menggunakan rangka kerja yang mengandungi definisi, konsep dan teori yang betul untuk mengelakkan tanggapan yang salah mengenai pencapaian pemilikan rumah di Malaysia. Kajian ini bertujuan membentangkan isu berkaitan sistem pemilikan rumah bergadaijanji dan seterusnya mencadangkan solusi jangka masa panjang. Metodologi kajian bersandarkan pendekatan Struktur Penyediaan Perumahan yang diperkenalkan oleh Ball (1986) dan menggunakan analisis heuristik data sekunder yang disokong oleh kajian literatur. Secara amnya, didapati bahawa pemilikan rumah secara bergadaijanji merupakan punca harga rumah meningkat di luar kawalan dan menyumbang kepada tahap hutang isi rumah yang kritikal. Sumbangan utama kajian ini ialah penggunaan konsep yang betul dalam mendapatkan gambaran sebenar pemilikan rumah, seterusnya memperbaiki persepsi pembuat dasar dan penyelidik mengenai pemilikan rumah di Malaysia. Enam solusi jangka panjang dicadangkan bagi mengukuhkan kemampanan sektor perumahan iaitu anjakan paradigma mengenai rumah dan pemilikannya, pendidikan kewangan dan perundangan perumahan, kawalan pembelian dan harga rumah, pengukuhan sektor penyewaan persendirian, pengukuhan sektor penyewaan awam dan pengenalan pemegangan pertengahan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Hutang; Institusi; Kemampuan perumahan; Kemampanan perumahan; Pemegangan rumah; Pemilikan rumah bergadaijanji |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 12806 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Apr 2019 04:22 |
Last Modified: | 17 Apr 2019 21:15 |
Repository Staff Only: item control page