Aplikasi GIS dalam penilaian kawasan berisiko tinggi wabak denggi di Semenanjung Malaysia tahun 2016

Azmaliza Kamis, and Lam, Kuok Choy (2018) Aplikasi GIS dalam penilaian kawasan berisiko tinggi wabak denggi di Semenanjung Malaysia tahun 2016. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (2). pp. 41-56. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
853kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1088

Abstract

Denggi merupakan masalah wabak utama di Malaysia. Peningkatan kes denggi berlaku secara drastik pada tahun 2014 hingga 2016. Kajian lepas telah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan kes denggi iaitu faktor persekitaran, cuaca iaitu suhu, taburan hujan dan kelembapan, faktor guna tanah serta sosiodemografi masyarakat di Malaysia. Faktor-faktor ini boleh dikaitkan dengan lokasi kes denggi melalui teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS). Teknologi GIS telah digunakan dalam sektor kesihatan bagi pemetaan lokasi denggi dan meramal kawasan yang berisiko terjadinya kes denggi. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kawasan berisiko tinggi kes denggi, melihat hubungan kawasan berisiko tinggi dengan jenis kediaman dan hubungan antara kawasan berisiko tinggi kes denggi dengan populasi penduduk setempat. Kajian memberi tumpuan kepada 56 kawasan berisiko tinggi denggi bagi minggu ke-19 dan ke-22 tahun 2016. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pembangunan aplikasi GIS-DENGGI secara localhost yang menghubungkan Google Street View widget, data lokasi denggi, populasi penduduk dan sempadan mukim, daerah dan negeri dalam format map service. Hasil analisis mendapati mukim Pelentong dan Serendah mencatatkan kes tertinggi demam denggi berpanjangan, di mana kediaman jenis teres merupakan kawasan berisiko tinggi dan 45 peratus kawasan berisiko tinggi denggi berlaku di kawasan dengan jumlah penduduk di antara 0-100,000 orang. Kajian ini merupakan kajian awal yang dilakukan dalam tempoh masa singkat dengan menggunakan sampel yang kecil. Walau bagaimanapun, impak kajian dan pembangunan aplikasi ini membolehkan proses pengenalpasian lokasi kes denggi dan faktor yang terlibat dapat dilakukan dengan mudah. Ianya diharap dapat membantu sektor kesihatan awam dalam merangka strategi pencegahan denggi masa masa akan datang. Dicadangkan kajian lanjut dapat dilakukan menggunakan sampel data yang lebih besar dan lengkap bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kes denggi dengan lebih komprehensif.

Item Type:Article
Keywords:Denggi; GIS; Kawasan berisiko tinggi; Penilaian kes denggi; Semenanjung Malaysia; Sistem Maklumat Geografi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12807
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Apr 2019 04:37
Last Modified:17 Apr 2019 21:25

Repository Staff Only: item control page