Azima A.M., and Er, Ah Choy and Novel Lyndon, and Yew, Vivien W.C. (2018) Mendepani kekangan inovasi dan teknologi dalam kalangan pekebun kecil sawit di Sabah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (2). pp. 56-67. ISSN 2180-2491
|
PDF
396kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1088
Abstract
Pelbagai usaha melibatkan inovasi dan teknologi berkaitan teknik penanaman dan pengeluaran hasil telah diberi penekanan oleh organisasi yang terlibat dalam penanaman kelapa sawit. Usaha ini bertujuan untuk menjamin kesejahteraan pekebun kecil sawit antaranya melalui interaksi dan pendedahan terhadap kaedah penanaman serta aktiviti hiliran. Oleh itu, kajian dilakukan untuk mengenalpasti tindakbalas pekebun kecil sawit terhadap pelbagai inovasi dan teknologi yang diperkenalkan oleh agensi terbabit. Hal ini perlu diberi penekanan kerana maklumat daripada pihak agensi berkaitan menjelaskan bahawa produktiviti per hektar di kawasan kajian tidak mencapai sasaran pengeluaran yang ditetapkan oleh pihak agensi. Seramai 300 orang pekebun kecil sawit di daerah Lahad Datu, Semporna dan Tawau di Sabah telah ditemubual dengan menggunakan soal selidik. Hasil kajian dianalisis secara diskriptif bagi memahami kekangan pekebun kecil sawit terhadap penggunaan inovasi dan teknologi dalam penanaman kelapa sawit di kawasan kajian. Dapatan kajian mendapati majoriti pekebun kecil menjelaskan bahawa kekangan penggunaan inovasi dan teknologi berpunca daripada faktor pemilikan tanah, masalah akses kepada kredit, akses kepada pasaran output dan input serta kekangan terhadap sumber dan bukan sumber. Kekangan tersebut telah mewujudkan jurang interaksi antara organisasi dengan pekebun kecil sawit. Jurang berkenaan telah mendorong mereka untuk terus bergantung kepada orang tengah. Oleh itu, pihak agensi dan pekebun kecil sawit perlu bekerjasama untuk menambahbaik jurang dengan memberi penekanan terhadap program inovasi dan teknologi dalam institusi pekebun kecil.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Inovasi; Interaksi sosial; Kekangan; Pekebun kecil; Penglibatan; Teknologi |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 12808 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Apr 2019 04:44 |
Last Modified: | 17 Apr 2019 21:28 |
Repository Staff Only: item control page