Tahap kepuasan pekebun kecil sawit terhadap amalan integrasi sawit

Zaimah Ramli, and Novel Lyndon, and Sarmila M.S., and Mohd Yusof Hussain, (2018) Tahap kepuasan pekebun kecil sawit terhadap amalan integrasi sawit. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (2). pp. 97-107. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
391kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1088

Abstract

Integrasi sawit adalah suatu aktiviti yang mengintegrasikan tanaman sawit bersama aktiviti ekonomi lain seperti tanaman dan ternakan. Amalan integrasi sawit ini didapati memberi manfaat langsung kepada pekebun kecil sawit seperti peningkatan pendapatan. Namun begitu, tahap kepuasan pekebun kecil sawit terhadap amalan integrasi sawit yang mereka laksanakan masih belum dikaji. Persoalannya, wujudkah perbezaan terhadap tahap kepuasan pekebun kecil sawit mengikut kategori pelaksanaan, kos pelaksanaan dan pendapatan integrasi sawit. Oleh itu, objektif artikel bertujuan mengukur tahap kepuasan pekebun kecil sawit terhadap amalan integrasi sawit dan mengenal pasti perbezaan tahap kepuasan pekebun kecil sawit mengikut kategori pelaksanaan, kos pelaksanaan dan pendapatan integrasi sawit. Seramai 140 orang pekebun kecil yang mengusahakan integrasi sawit di sekitar tujuh buah daerah di Johor telah dianalisis. Statistik deskriptif dan ujian Anova digunakan bagi menjawab objektif perbincangan. Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar pekebun kecil berpuashati dengan integrasi sawit yang mereka laksanakan. Tahap kepuasan mereka juga signifikan berbeza antara jenis pelaksanaan, kos pelaksanaan dan pendapatan integrasi sawit. Bermakna, integrasi sawit harus diberikan perhatian sewajarnya oleh pekebun kecil kerana terbukti meningkatkan pendapatan mereka. Tambahan pula, integrasi sawit juga memberi kepuasan kepada mereka selain memperolehi manfaat sampingan hasil aktiviti tersebut. Hal ini merupakan sesuatu yang positif, justeru integrasi sawit harus dilaksanakan secara berterusan.

Item Type:Article
Keywords:Integrasi tanaman; Integrasi ternakan; Kepuasan; Pekebun kecil sawit; Pelaksanaan; Pendapatan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12811
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Apr 2019 06:39
Last Modified:17 Apr 2019 21:23

Repository Staff Only: item control page