Kajian perubahan guna tanah menerusi aplikasi penderiaan jauh

Lam, Kuok Choy and Nik Nurul Hidayah Mohd Noor, (2018) Kajian perubahan guna tanah menerusi aplikasi penderiaan jauh. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (2). pp. 108-124. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1088

Abstract

Perubahan guna tanah dan litupan tanah merupakan salah satu pemacu perubahan alam sekitar global yang sering menjadi perbincangan hangat dan mencerminkan corak pembangunan yang berlaku di sesebuah tempat. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis perubahan guna tanah kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi dan Bandar Baru Bangi bagi tahun 1990 dan 2016. Pendekatan penderiaan jauh digunakan sebagai aplikasi utama untuk meneliti tahap perubahan guna tanah yang berlaku. Data imej satelit Landsat 5 TM dan Landsat 8 OLI/TIRS telah digunakan dalam kajian ini. Proses klasifikasi berselia diaplikasikan bagi mengelaskan jenis guna tanah di kawasan kajian berdasarkan imej Landsat yang terpilih. Guna tanah telah dibahagikan kepada tujuh kategori iaitu tepu bina, kelapa sawit, hutan, getah, rekreasi, tanah lapang dan badan air. Penilaian ketepatan dilakukan menggunakan pengiraan Koeffisein Kappa bagi menguji kebolehpercayaan data yang telah diklasifikasikan. Nilai Koeffisein Kappa yang diperolehi adalah 70% iaitu kebolehpercayaan data adalah tinggi. Hasil kajian mendapati guna tanah yang mengalami peningkatan tertinggi adalah guna tanah tepu bina (2130.84 hektar), diikuti oleh guna tanah hutan (469.44 hektar). Masing-masing mencapai peningkatan sebanyak 32.92% dan 7.25%. Manakala guna tanah yang mengalami penurunan tertinggi adalah kelapa sawit (1385.01 hektar) dan diikuti guna tanah badan air (124.38 hektar). Masing-masing merosot sebanyak 21.40% dan 1.92%. Majoriti kawasan tanaman getah dan kelapa sawit telah bertukar kepada guna tanah tepu bina. Kajian mendapati pendekatan penderiaan jauh sesuai diaplikasi dalam kajian perubahan guna tanah.

Item Type:Article
Keywords:Bandar Baru Bangi; GIS; Landsat; Penderiaan jauh; Perubahan guna tanah; Universiti Kebangsaan Malaysia
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12812
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Apr 2019 07:16
Last Modified:17 Apr 2019 21:21

Repository Staff Only: item control page