Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu

Zurinah Tahir, and Jalaluddin Abdul Malek, (2018) Kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Johor Bharu. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (2). pp. 125-135. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
325kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1088

Abstract

Perletakan lokasi pembangunan komuniti berpagar yang tidak terancang akan memberi implikasi negatif terhadap pengurusan bandar yang mampan. Melihat kepada perancangan senario semasa dalam penentuan lokasi yang sesuai dibangunkan untuk projek-projek perumahan komuniti berpagar kebanyakannya kurang menitikberatkan aspek keutamaan dalam perancangan lokasi pembangunan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keutamaan kriteria-kriteria perancangan yang perlu dipertimbangkan dalam penentuan kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar. Kajian ini melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif melibatkan 363 orang responden dan pengumpulan data kajian dilakukan secara persampelan rawak mudah bagi menjawab instrumen soal selidik untuk menentukan kesesuaian kriteria lokasi pembangunan komuniti berpagar yang terdiri daripada penduduk di kawasan Johor Bahru. Manakala, responden bagi kaedah kualitatif adalah seramai lima orang yang terdiri daripada pihak pemaju dan Jabatan Perancangan Desa dan Negeri Johor. Pemilihan kriteria bagi kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar adalah berdasarkan kepada keadaan negeri tersebut dari segi pembangunan dan keadaan bentuk muka buminya. Terdapat sembilan kriteria yang telah dipertimbangkan bagi penentuan kesesuaian lokasi pembangunan perumahan komuniti berpagar di Daerah Johor Bharu, iaitu kawasan kadar jenayah tinggi, kawasan bandar besar, jaringan jalan perhubungan yang baik, tidak berhampiran dengan kampong, kemudahan sedia ada, kejiranan dan persekitaran, aksessibiliti, jenis perumahan komuniti berpagar dan topografi. Hasil kajian mendapati kriteria kawasan kadar jenayah tinggi merupakan lokasi yang paling sesuai dalam pembangunan lokasi perumahan komuniti berpagar. Kriteria yang dicadangkan boleh dijadikan panduan dalam perancangan pemajuan komuniti berpagar khususnya kepada pihak berkepentingan. Perancangan yang efektif akan mendatangkan kesejahteraan kepada komuniti berpagar.

Item Type:Article
Keywords:Kesesuaian; Komuniti berpagar; Lokasi; Mampan; Pembangunan; Perumahan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12813
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Apr 2019 07:22
Last Modified:17 Apr 2019 21:20

Repository Staff Only: item control page