Peranan ASEAN dalam kesalinghubungan pengangkutan rel di Asia: evolusi, faktor dan prospek

Wong, Yau Duenn and Chin, Kok Fay and Kuik, Cheng-Chwee (2018) Peranan ASEAN dalam kesalinghubungan pengangkutan rel di Asia: evolusi, faktor dan prospek. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (2). pp. 136-150. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
609kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1088

Abstract

Pengkritik biasanya menggambarkan ‘ASEAN Way’ sebagai proses yang lembap dalam mempromosi integrasi serantau. Kritikan tersebut telah membawa kepada persoalan berhubung dengan peranan ASEAN dalam prospek kesalinghubungan fizikal serantau. Setakat ini memang terdapat kekurangan kajian ekonomi politik berkenaan dengan peranan ASEAN dalam perkembangan kesalinghubungan rel serantau di Asia. Oleh itu, kajian ini bertujuan memenuhi lompang penyelidikan tersebut. Artikel ini bermula dengan penyingkapan sejarah asal-usul perkembangan jaringan keretapi merentasi Asia sejak zaman imperialisme bagi mengkaji evolusi dan pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan kesalinghubungan pengangkutan rel di rantau tersebut. Berdasarkan data sekunder berkenaan perkembangan rangkaian keretapi di Asia, analisis menunjukkan bahawa faktor ekonomi merupakan pendorong utama bagi setiap fasa perkembangan jaringan rel di rantau tersebut. Faktor tersebut bertambah penting berikutan dengan peningkatan penglibatan Asia dalam rangkaian pengeluaran global serta peningkatan perdagangan intra-ASEAN dan perdagangan dengan rantau lain sejak 1990-an. Hasil kajian mendapati bahawa kesalinghubungan pengangkutan rel di Asia berkembang mengikut konteks ekonomi politik rantau tersebut tanpa mengikut acuan institusi Kesatuan Eropah. Pelaksanaan polisi adalah terikat dengan perundangan Kesatuan Eropah. Pendekatan ASEAN yang berasaskan persefahaman dan autonomi nasional memberi fleksibiliti kepada negara-negara anggota ASEAN dalam pelaksanaan kesalinghubungan. Namun demikian, potensi ekonomi yang tinggi telah meningkatkan kehendak politik dan komitmen pemimpin-pemimpin ASEAN bagi memastikan kelancaran pelaksanaan jaringan rel Trans-Asian walaupun terdapat beberapa halangan dan masalah daripada segi politik dan geografi/teknikal. Justeru, prospek perkembangan jaringan TAR adalah cerah dengan gabungan peranan ASEAN, initiatif China dan Jepun melalui Master Plan on ASEAN Connectivity, Belt and Road Initiative dan Partnership for Quality Infrastructure, di samping bantuan teknikal dan kewangan daripada organisasi antarabangsa lain.

Item Type:Article
Keywords:ASEAN; Institusi; Integrasi; Jaringan rel Trans-Asian; Kesalinghubungan pengangkutan; Rangkaian keretapi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12814
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Apr 2019 07:44
Last Modified:17 Apr 2019 21:18

Repository Staff Only: item control page