Program AZAM Tani dalam mewujudkan pendapatan kedua isi rumah komuniti miskin di Seberang Perai, Pulau Pinang

Mohd Hudzairi Mansor Mohd Nadzir, and Mohd Yusof Hussain, and Zaimah Ramli, (2018) Program AZAM Tani dalam mewujudkan pendapatan kedua isi rumah komuniti miskin di Seberang Perai, Pulau Pinang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (2). pp. 151-160. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
227kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1088

Abstract

Pembasmian kemiskinan telah menjadi salah satu agenda kerajaan semenjak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Sejak itu, pelbagai program pembasmian kemiskinan telah dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Hal ini adalah kerana kebimbangan kerajaan kepada isu kemiskinan dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, suatu program telah dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 2010 iaitu Program AZAM Tani. Pelaksanaan program AZAM Tani dilihat sebagai satu impak positif kepada komuniti miskin. Namun begitu, adakah perlaksanaan AZAM Tani dapat membantu pesertanya memperoleh pendapatan tambahan. Oleh itu, objektif utama kajian ialah mengenalpasti sejauhmana program AZAM Tani berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kedua kepada pesertanya. Selain itu, kajian ingin melihat hubungan di antara pengetahuan, kemahiran dan daya saing peserta dengan pelaksanaan program AZAM Tani. Kajian dilakukan di di Seberang Perai, Pulau Pinang. Kajian menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah bancian digunakan dalam kajian yang melibatkan 54 orang responden. Hasil kajian mendapati 70 peratus responden telah berjaya mewujudkan pekerjaan kedua selepas mereka menyertai program AZAM Tani. Hasil ujian korelasi spearman menunjukkan hubungan yang positif di antara pengetahuan, kemahiran dan daya saing peserta dengan pelaksanaan program AZAM Tani. Implikasinya, program AZAM Tani berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kedua dan ini membantu petani meningkatkan pendapatan mereka. Dalam masa yang sama, aspek pengetahuan, kemahiran dan daya saing peserta AZAM Tani perlu diberi perhatian dalam setiap program pembangunan komuniti akan datang kerana mempunyai hubungan positif dengan kejayaan program yang dilaksanakan.

Item Type:Article
Keywords:Isi rumah; Komuniti miskin; Petani; Pekerjaan kedua; pendapatan; Program AZAM Tani
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12815
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Apr 2019 07:50
Last Modified:17 Apr 2019 21:17

Repository Staff Only: item control page