Penilaian indeks keterancaman komuniti orang asli di Lembangan Sungai Telom, Bertam dan Lemoi, Cameron Highlands

Siti Qhairunissa Ramli, and Firuza Begham Mustafa, and Khairulmaini Osman Salleh, (2018) Penilaian indeks keterancaman komuniti orang asli di Lembangan Sungai Telom, Bertam dan Lemoi, Cameron Highlands. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (3). pp. 67-84. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
888kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1123

Abstract

Istilah keterancaman bertujuan untuk menjelaskan perhubungan yang wujud di antara keterdedahan ancaman fizikal dengan kesejahteraan manusia dan keupayaan mereka untuk menghadapi ancaman. Penilaian keterancaman menggabungkan tiga komponen utama iaitu ancaman, sistem yang mengalami risiko dan daya tahan diri sedia ada. Keterancaman bagi kajian ini merujuk kepada komuniti orang asli yang tinggal di zon tanah tinggi Cameron Highlands. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis ancaman perubahan alam sekitar tempatan di tiga lembangan utama Cameron Highlands iaitu Telom, Bertam dan Lemoi. Ancaman ini dilihat daripada hasil proses pembangunan guna tanah di kawasan tanah tinggi yang mendatangkan kesan keterancaman ke atas komuniti orang asli sebagai golongan yang memiliki daya tahan yang rendah. Hasil soal selidik iaitu ciri-ciri yang dinilai dan penghasilan peta indeks keterancaman ini akan menggambarkan keadaan sebenar komuniti orang asli Semai Cameron Highlands yang telah lama menjadikan sistem alam sekitar tanah tinggi sebagai satu bentuk perhubungan. Jumlah ketua isi rumah yang terlibat dalam sesi soal selidik ialah 153 orang iaitu 30% daripada jumlah keseluruhan ketua isi rumah bagi kampung terpilih. Hasil daripada penilaian indeks secara keseluruhan menunjukkan tahap keterancaman komuniti orang asli adalah terancam dan mereka memerlukan peningkatan daya tahan diri sedia ada. Kesimpulannya, penilaian indeks keterancaman komuniti orang asli di zon tanah tinggi bukan sahaja menggambarkan tahap keterancaman komuniti tersebut, malah boleh dijadikan petunjuk dan panduan kepada mereka dan pihak yang terlibat dalam aspek pengurusan komuniti orang asli di zon tanah tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Ancaman; Cameron Highlands; Indeks keterancaman; Komuniti orang asli; Orang Asli Semai; Tanah tinggi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12821
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Apr 2019 06:33
Last Modified:17 Apr 2019 21:37

Repository Staff Only: item control page