Aini Fatihah Roslam, and Nor Azizan Idris, and Zarina Othman, (2018) Analisis sekatan bilateral Amerika Syarikat terhadap Myanmar. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (3). pp. 101-115. ISSN 2180-2491
|
PDF
341kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1123
Abstract
Sekatan bilateral Amerika Syarikat terhadap Myanmar bermula rentetan dua peristiwa iaitu, Pemberontakan 8888 dan Pilihanraya Umum 1990. Kedua-dua peristiwa ini dianggap sebagai titik perubahan hubungan kedua-dua negara tersebut. Tindakan Amerika Syarikat ke atas Myanmar disebabkan wujudnya ketidakadilan dalam keputusan pilihanraya tahun 1990 dan pencabulan hak asasi manusia oleh pemimpin Junta Myanmar. Oleh itu, sebagai bantahan, Amerika Syarikat menggunakan instrumen sekatan terhadap Myanmar. Kajian ini mengkaji bentuk sekatan yang dikenakan oleh kuasa besar tersebut ke atas Myanmar antara tahun 1990-2010. Kajian turut merungkai faktor yang mempengaruhi pembuatan dasar sekatan oleh Amerika Syarikat terhadap Myanmar. Bagi mendapatkan hasil yang holistik, dua kaedah telah digunakan iaitu temubual bersemuka dengan pakar bidang dari Myanmar dan menganalisis data sekunder hasil karya sarjana terpilih yang mendalami isu ini. Kajian mendapati terdapat pola perubahan dasar sekatan bilateral Amerika Syarikat terhadap Myanmar disebabkan oleh faktor sistemik dan domestik. Ini termasuklah pengukuhan hubungan China dengan Myanmar, persepsi pemimpin dan peranan pelaku berkepentingan iaitu Dewan Senat serta Kongres Amerika Syarikat. Selain itu, sebahagian implementasi sekatan ke atas Myanmar „tersasar‟ kerana akan menggalakkan Myanmar terus memencilkan diri atau mendekatkan diri dengan negara China demi kelangsungan hidup. Justeru, sekatan terhadap Myanmar perlu mempunyai penanda aras yang kukuh. Misalnya, pindaan terhadap sekatan visa perlu dilaksanakan bagi membolehkan penjawat awam Myanmar memasuki Amerika Syarikat atau negara-negara Barat bagi tujuan pendidikan dan pendedahan berkenaan demokrasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Amerika Syarikat; Demokrasi; Hak asasi manusia; Myanmar; Pemberontakan 8888; Sekatan bilateral |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 12823 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Apr 2019 06:50 |
Last Modified: | 17 Apr 2019 21:39 |
Repository Staff Only: item control page