Penyertaan komuniti dalam program pemulihan pelancongan pasca bencana di Kampung Mesilou Kundasang, Sabah

Raihan Anas, and Rosazman Hussin, and Teuku Afrizal, (2018) Penyertaan komuniti dalam program pemulihan pelancongan pasca bencana di Kampung Mesilou Kundasang, Sabah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (3). pp. 116-127. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
421kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1123

Abstract

Kajian ini memfokus kepada penyertaan ahli komuniti setempat dalam program pemulihan pelancongan pasca bencana gempa bumi di Kampung Mesilou yang terletak di pinggiran Gunung Kinabalu, Kundasang, Sabah. Program pelancongan berasaskan komuniti (CBT) menawarkan pelbagai faedah kepada komuniti terutamanya pulangan pendapatan sampingan. Kejadian gempa bumi yang berlaku pada Jun 2015 di kawasan tersebut sekaligus memberi impak negatif kepada Kampung Mesilou yang merupakan salah satu kawasan utama bagi aktiviti pelancongan di Kundasang, Sabah. Oleh itu, kajian dilakukan untuk meninjau tahap penyertaan komuniti setempat dalam program pemulihan pelancongan pasca bencana gempa bumi yang dilaksanakan oleh ahli komuniti. Pendekatan kualitatif diaplikasikan melalui kaedah temu bual mendalam ke atas tujuh orang informan dan kaedah pemerhatian turut dilaksanakan. Hasil kajian mendapati bahawa komuniti di Kampung Mesilou telah terlibat secara langsung dan aktif dalam program pemulihan pelancongan pasca bencana gempa bumi. Program ini menjadi suatu mekanisme penting untuk meningkatkan semula pendapatan sampingan komuniti setempat. Selain itu, program ini menjadi suatu idea komuniti untuk membangunkan semula produk pelancongan yang telah musnah akibat bencana gempa bumi. Program pemulihan pelancongan ini juga menawarkan semula perkhidmatan pelancongan yang baik kepada para pelancong secara lestari. Hasil kajian turut mendapati kurangnya penyertaan pemegang taruh dalam membantu program pemulihan pelancongan pasca bencana di Kampung Mesilou. Oleh itu, kerjasama antara ahli komuniti dan pemegang taruh secara berstrategi serta bersepadu dalam program pemulihan pelancongan pasca bencana gempa bumi perlu dilaksanakan secara lestari untuk mempercepatkan pemulihan kawasan dan menghidupkan semula aktiviti pelancongan berasaskan komuniti yang lestari.

Item Type:Article
Keywords:Bencana gempa bumi; Pasca bencana; Pelancongan lestari; Pemulihan pelancongan; Penyertaan komuniti; Program pemulihan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:12824
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Apr 2019 06:55
Last Modified:17 Apr 2019 21:41

Repository Staff Only: item control page