Bagaimana organisasi boleh memotivasikan pekerja untuk belajar dalam latihan: persepsi ahli akademik

Siti Fardaniah Abdul Aziz, (2018) Bagaimana organisasi boleh memotivasikan pekerja untuk belajar dalam latihan: persepsi ahli akademik. AKADEMIKA, 88 (2). pp. 5-20. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1064

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan ciri-ciri utama organisasi yang mampu merangsang motivasi belajar dalam latihan dan seterusnya meramal keberkesanan latihan. Kajian-kajian lepas telah menunjukkan bahawa ciri-ciri organisasi yang menyokong pembangunan pekerja dikatakan mampu merangsang motivasi belajar dan seterusnya meramal keberkesanan program latihan dalam organisasi. Ciri-ciri organisasi ini termasuklah ciri-ciri sokongan tugas, sokongan budaya, sokongan sosial dan sokongan pengurusan. Namun kajian empirikal yang mengkaji ciri-ciri organisasi ini secara komprehensif masih berkurangan terutamanya yang membincangkan sampel kajian di Malaysia. Oleh itu, seramai 281 ahli akademik di sebuah universiti awam di Malaysia yang menghadiri satu daripada 17 program latihan anjuran jabatan latihan di organisasi tersebut diambil sebagai subjek kajian. Menggunakan kaedah tinjauan, data dianalisis menggunakan SEM-AMOS (Structural-Equation Modelling - Analysis of Moment Structures). Hasil kajian mendapati hanya sokongan tugas sahaja yang mampu merangsang motivasi belajar dalam latihan; manakala ciri-ciri lain seperti sokongan budaya organisasi dan sokongan sosial tidak merangsang motivasi belajar tetapi mempengaruhi keberkesanan latihan secara langsung. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pihak organisasi perlu memastikan tugas pekerja menyokong penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam latihan agar latihan yang diberikan dapat merangsang motivasi belajar serta bermanfaat kepada kedua-dua pihak pekerja dan majikan. Oleh itu, pihak organisasi dicadangkan untuk merekabentuk kerja dengan memastikan adanya keperluan penambahbaikan pengetahuan dan kemahiran bagi melaksanakan tugas dalam usaha meningkatkan motivasi belajar dan keberkesanan latihan.

Item Type:Article
Keywords:Motivasi latihan; Keberkesanan latihan; Organisasi; Pembangunan sumber manusia; Latihan pekerja
Journal:AKADEMIKA
ID Code:12827
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Apr 2019 03:33
Last Modified:25 Apr 2019 20:37

Repository Staff Only: item control page