Korelasi efikasi kendiri keusahawanan dan kecenderungan keusahawanan pelajar pra-universiti

Rosna Mohamad, and Norasmah Othman, (2018) Korelasi efikasi kendiri keusahawanan dan kecenderungan keusahawanan pelajar pra-universiti. AKADEMIKA, 88 (2). pp. 59-69. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
311kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1064

Abstract

Aktiviti keusahawanan menggerakkan ekonomi negara dan menjamin kesejahteraan hidup masyarakat. Dalam sistem pendidikan negara, pendidikan keusahawanan telah diperkenalkan lebih daripada 30 tahun di peringkat sekolah menengah. Namun, isu berkaitan kurangnya kecenderungan dan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar masih menjadi topik perbincangan. Hal ini membantutkan hasrat negara untuk melahirkan lebih ramai masyarakat usahawan serta menjejaskan pencapaian objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang meletakkan keusahawanan sebagai elemen utama kepada enam aspirasi murid yang diharapkan. Maka, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kecenderungan keusahawanan dan tahap efikasi kendiri pelajar serta mengukur hubungan antara keduanya. Efikasi kendiri merupakan peramal utama kepada kecenderungan keusahawanan pelajar untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti keusahawanan pada masa akan datang. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik yang ditadbirkan. Seramai 410 orang pelajar prauniversiti yang mengambil subjek pengajian perniagaan dipilih secara rawak untuk menjadi responden bagi kajian ini. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 23 bagi mendapatkan analisis deskriptif dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan kecenderungan keusahawanan pelajar pada tahap tinggi sementara efikasi kendiri keusahawanan pada tahap sederhana. Terdapat hubungan yang signifikan antara kecenderungan keusahawanan dengan efikasi kendiri. Kajian ini diharap dapat digunakan untuk merangka program dan aktiviti keusahawanan bagi meningkatkan efikasi kendiri dan kecenderungan keusahawanan pelajar. Pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan juga amat perlu bagi memupuk potensi keusahawanan dalam kalangan pelajar prauniversiti.

Item Type:Article
Keywords:Kecenderungan; Efikasi kendiri; Pelajar; Prauniversiti; Keusahawanan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:12830
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Apr 2019 04:14
Last Modified:25 Apr 2019 20:49

Repository Staff Only: item control page