Meneroka strategi daya tindak golongan ibu dalam menjaga anak kurang upaya kategori Cerebral Palsy

Tharshini Sivabalan, and Ezarina Zakaria, and Aizan Sofia Amin, (2018) Meneroka strategi daya tindak golongan ibu dalam menjaga anak kurang upaya kategori Cerebral Palsy. AKADEMIKA, 88 (2). pp. 121-133. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
299kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1064

Abstract

Pengalaman tinggal bersama individu yang mempunyai masalah ketidakupayaan mampu memberi kesan signifikan terhadap keseluruhan ahli keluarga terutamanya kepada ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara sehingga mempengaruhi kefungsian sesebuah keluarga. Oleh yang demikian, artikel ini mengenal pasti strategi daya tindak golongan ibu yang menjaga anak kurang upaya kategori Cerebral Palsy (CP). Kajian menggunakan pendekatan kualitatif telah dijalankan terhadap enam orang ibu yang mempunyai anak kurang upaya kategori Cerebral Palsy. Kaedah temubual mendalam digunakan untuk mengumpul data berkaitan strategi daya tindak yang dipraktikkan oleh golongan ibu dalam menjaga anak mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa informan yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada golongan ibu yang berusia 33 hingga 52 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,200 hingga RM3,000 serta mempunyai dua hingga tiga orang anak. Dapatan kajian juga mendapati bahawa informan mempraktikkan empat jenis strategi daya tindak iaitu; (i) strategi daya tindak kawalan diri, (ii) strategi daya tindak sokongan sosial, (iii) strategi daya tindak penerimaan tanggungjawab dan (iv) strategi daya tindak penyelesaian masalah secara terancang dalam menangani tekanan dan krisis dalam kehidupan mereka. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pihak yang berkepentingan dalam membantu golongan ibu bagi memperkasa serta memberikan perkhidmatan psikososial dan kaunseling agar cabaran penjagaan anak kurang upaya dapat dikurangkan.

Item Type:Article
Keywords:Daya tindak; Strategi; Ibu; Kurang upaya; Cerebral Palsy
Journal:AKADEMIKA
ID Code:12835
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Apr 2019 06:22
Last Modified:25 Apr 2019 20:45

Repository Staff Only: item control page