Sikap terhadap niat menderma darah dalam kalangan penderma darah bersela dan ulangan berkala

Juliana Rosmidah Jaafar, and Chong, Sheau Tsuey (2018) Sikap terhadap niat menderma darah dalam kalangan penderma darah bersela dan ulangan berkala. AKADEMIKA, 88 (2). pp. 135-146. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
344kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1064

Abstract

Sikap yang positif terhadap aktiviti menderma darah berupaya mendorong seseorang untuk terlibat dengan aktviti berkenaan. Bagi individu yang bersikap positif, pendermaan darah dilihat sebagai tindakan yang baik, kurang berisiko malahan mudah untuk dilakukan. Individu dengan ciri-ciri berkenaan akan mempunyai niat yang kuat untuk melaksanakan aktiviti menderma darah. Kajian ini bertujuan meneroka hubungan antara sikap dan niat menderma darah bagi Penderma Darah Ulangan Berkala (PDUB) dan Penderma Darah Bersela (PDB). Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif (kajian korelasi) yang menggunakan pendekatan survei secara pos untuk pengumpulan data. Data dikumpul daripada 1600 penderma darah yang dipilih secara rawak daripada rekod penderma di di Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur. Jumlah responden bagi tujuan analisis melibatkan seramai 153 orang PDUB dan 130 PDB terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa kedua-dua kumpulan PDUB dan PDB mempunyai sikap yang positif terhadap aktiviti menderma darah di mana aspek ini berkaitan dengan niat menderma darah. Kumpulan PDUB didapati mempunyai niat untuk menderma darah yang lebih kuat berbanding PDB. Hasil kajian memberikan implikasi bahawa sikap memainkan peranan yang penting terhadap niat menderma darah. Kumpulan PDB juga mempunyai potensi untuk didorong menjadi PDUB melalui pengukuhan kembali niat menderma darah agar mereka boleh melaksanakan aktiviti ini memandangkan mereka mempunyai sikap positif terhadap aktiviti berkenaan. Kajian akan datang disaran untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai kaedah yang lebih sesuai untuk mengukuhkan dan mengekalkan niat menderma darah dalam kalangan penderma darah, terutama PDB.

Item Type:Article
Keywords:Penderma darah; Sikap; Niat; Mudah; Ulangan berkala
Journal:AKADEMIKA
ID Code:12836
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Apr 2019 06:35
Last Modified:25 Apr 2019 20:44

Repository Staff Only: item control page