Mohamed Kamel Abd. Ghani, and Anisah Haji Musa, (2018) Giardiasis dalam kalangan kanak-kanak Sekolah Orang Asli di Pos Titom,Pahang, Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 16 (SI). pp. 89-93. ISSN 1675-8161
|
PDF
211kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1072
Abstract
Giardia intestinalis merupakan antara protozoa yang paling kerap ditemui di dalam sampel feses manusia di seluruh dunia. Prevalens infeksi protozoa ini adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang tinggal di negara membangun berbanding negara maju. Seramai 111 orang kanak-kanak Orang Asli dari Pos Titom, Pahang telah menjadi subjek dalam kajian ini. Kajian prevalens dilakukan menurut jantina, umur dan teknik diagnostik yang digunakan. Sampel feses dikumpul dan setiap sampel diperiksa dengan menggunakan tiga teknik diagnostik iaitu teknik apusan langsung, konsentrasi formalin-eter dan teknik pewarnaan trikrom untuk mengesan kehadiran trofozoit dan atau sista G. intestinalis. Prevalens keseluruhan infeksi G. intestinalis dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Titom, Pahang adalah 23.42% (26/111). Kanak-kanak perempuan didapati lebih ramai terinfeksi (25%) berbanding kanak-kanak lelaki (21.57%) walaupun secara statistiknya tidak signifikan (p > 0.05). Dari segi umur, tiada infeksi dalam kalangan kanak-kanak prasekolah iaitu yang berumur bawah 7 tahun manakala kanak-kanak yang bersekolah (7 hingga 12 tahun) menunjukkan prevalens infeksi 24.53%. Teknik pewarnaan trikrom adalah yang paling sensitif dengan pengesanan 22.52% kes giardiasis diikuti teknik konsentrasi formalin-eter yang dapat mengesan 19.82% kes manakala teknik apusan langsung hanya berjaya mengesan 12.61% kes. Prevalens infeksi G. intestinalis dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Titom, Pahang masih lagi tinggi walaupun pelbagai usaha dan penambahbaikan dalam kemudahan prasarana asas telah dilakukan bagi komuniti Orang Asli tersebut. Tahap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli masih rendah dan perlu dipertingkatkan lagi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Giardiasis; Orang Asli; Pos Titom; Malaysia |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 12945 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 May 2019 04:40 |
Last Modified: | 13 May 2019 04:40 |
Repository Staff Only: item control page