Hubungan antara puasa sunnah dan kerosakan DNA dalam kalangan warga emas yang mengalami gangguan kognitif ringan (MCI)

Asheila Meramat, and Razinah Sharif, and Suzana Shahar, and Nor Fadilah Rajab, (2018) Hubungan antara puasa sunnah dan kerosakan DNA dalam kalangan warga emas yang mengalami gangguan kognitif ringan (MCI). Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 16 (SI). pp. 213-214. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
166kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1072

Abstract

Diet pemakanan memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan individu. Salah satu pendekatan yang paling mudah dan sesuai diikuti oleh individu tertentu terutamanya warga emas adalah puasa Sunnah. Puasa sunnah dilaporkan mempunyai kesan positif dalam kesihatan umum dan turut membantu dalam memanjangkan jangka hayat warga emas. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan puasa Sunnah dalam membaiki kerosakan DNA pada warga emas yang mengalami gangguan kognitif ringan (MCI). Reka bentuk kajian adalah kajian hirisan lintang perbandingan yang membandingkan dua fasa (dasar dan 36 bulan). Seramai 99 orang subjek MCI berumur ≥ 60 tahun keatas dan tidak mempunyai sebarang penyakit yang kritikal terlibat di dalam kajian ini. Sebanyak 10 ml darah penuh, data sosio-demografi dan penilaian kognitif juga turut diambil. MMSE, IADL, ADL dan GDS telah dijalankan untuk menentukan fungsi kognitif. Kajian mendapati bahawa peratusan ekor DNA (TD) bagi subjek yang mengamalkan puasa Sunnah untuk kedua-dua fasa adalah jauh lebih rendah berbanding subjek yang tidak mengamalkan puasa Sunnah (Dasar, TD: 12.49 ± 0.24% vs 17.40 ± 0.43%; 36 bulan, TD: 8.21 ± 0.43% vs 15.23 ± 1.16%). Peratusan momen ekor (TM) bagi subjek yang mengamalkan puasa Sunnah untuk kedua-dua fasa adalah jauh lebih rendah berbanding subjek yang tidak mengamalkan puasa Sunnah (Dasar, TM: 0.92 ± 0.05% vs 1.46 ± 0.08%; 36 bulan, TM: 0.4 ± 0.03% vs 1.32 ± 0.13%). Tuntasnya, ini menunjukkan bahawa puasa Sunnah boleh mengurangkan kerosakan DNA dalam kalangan warga emas MCI. Oleh itu, penyelidikan lanjut diperlukan untuk menentukan metabolit dalam kalangan subjek MCI yang berkaitan dengan puasa Sunnah untuk menghasilkan model ramalan diet sihat untuk digunakan pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Puasa sunnah; Kerosakan DNA; Gangguan kognitif ringan
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:12962
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2019 01:31
Last Modified:17 May 2019 21:46

Repository Staff Only: item control page