Pembangunan bahan bahasa pertuturan untuk latihan pertuturan dalam hingar bagi golongan dewasa

Nurul Huda Bani, and Nashrah Maamor, and Wan Syafira Ishak, and Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari, and Kalaivani Chellapan, (2018) Pembangunan bahan bahasa pertuturan untuk latihan pertuturan dalam hingar bagi golongan dewasa. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 16 (SI). p. 215. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
173kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1072

Abstract

Kajian ini menerangkan proses sistematik dalam pembangunan bahan ayat pertuturan dalam hingar yang mempunyai kebolehfahaman yang sama dan bersesuaian dengan budaya bagi kegunaan dalam protokol latihan pertuturan dalam hingar untuk golongan dewasa di Malaysia. Proses pembangunan ini melibatkan tiga fasa iteratif iaitu fasa (1) analisis, (2) rekabentuk dan (3) pembangunan. Dalam fasa analisis, pembolehubah yang diperlukan dalam membangunkan bahan pertuturan dikenalpasti melalui kajian kepustakaan dan perbincangan bersama pakar dalam bidang. Seterusnya, dalam fasa rekabentuk, kompilasi dan pembentukan ayat, penilaian kesemulajadian dan rakaman bahan pertuturan telah dilakukan. Fasa yang terakhir iaitu fasa pembangunan melibatkan penilaian penentuan graf fungsi pencapaian intensiti dan penyamaan kebolehfahaman ayat telah dijalankan. Hasil akhir daripada fasa-fasa ini adalah 171 ayat yang mempunyai kebolehfahaman yang sama dan boleh digunakan secara bergilir-gilir dalam protokol latihan pertuturan dalam hingar untuk golongan dewasa di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Pembentukan; Bahan bahasa pertuturan; Latihan pertuturan dalam hingar
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:12963
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2019 01:36
Last Modified:17 May 2019 21:52

Repository Staff Only: item control page