Pembentukan persamaan untuk menganggar berat badan dalam kalangan warga emas di Lembah Klang

Hanis Mastura Yahya, and Mastura M. K., and Suzana Shahar, (2018) Pembentukan persamaan untuk menganggar berat badan dalam kalangan warga emas di Lembah Klang. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 16 (SI). pp. 231-232. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
171kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/1072

Abstract

Berat badan mungkin boleh dianggarkan dengan menggunakan persamaan yang dibentuk daripada pengukuran antropometri, apabila berat badan sukar untuk diukur dalam kalangan warga emas yang terlantar. Objektif kajian ini ialah untuk membentuk persamaan menganggar berat badan dalam kalangan warga emas yang tinggal di Lembah Klang daripada beberapa pengukuran antropometri. Kajian hirisan lintang ini dijalankan dalam kalangan warga emas yang tinggal di komuniti, berumur 60 tahun dan ke atas di kawasan Lembah Klang. Subjek direkrut berdasarkan kaedah persampelan mudah. Berat badan, ketinggian berdiri, ketinggian lutut (KH), demi-span (DS), lipatan kulit subskapula (SSF), ukurlilit betis (CC), ukurlilit pinggang (WC), ukurlilit pinggul (HC), ukurlilit pertengahan lengan atas (MUAC) dan ukurlilit pergelangan tangan (WrC) diukur mengikut protokol yang standard. Validasi silang telah dilakukan. 61% daripada jumlah subjek yang dipilih secara rawak adalah untuk pembentukan persamaan manakala 39% subjek adalah subjek kawalan. Persamaan dibentuk menggunakan analisis regresi berganda secara berperingkat. Seramai 164 orang warga emas telah terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 39.0% subjek lelaki dan 61.0% subjek perempuan. Min umur subjek ialah 68.32 ± 5.79 tahun manakala min untuk berat badan yang diukur ialah 66.46 ± 11.98 kg. Persamaan yang dibentuk untuk menganggar berat badan ialah: anggaran berat badan = 5.149 (Jantina) – 0.082 (Umur) + 0.889 (Ukurlilit pinggul) + 1.112 (Ketinggian lutut) – 72.778 (R2 = 0.848, p < 0.001). Nilai korelasi bagi 61% subjek lebih tinggi (r = 0.921) berbanding nilai korelasi untuk 39% subjek (r = 0.883). Walau bagaimanapun, perbezaan antara berat badan yang diukur dengan berat badan anggaran adalah tidak signifikan (p = 0.798). Ini menunjukkan persamaan yang dibentuk boleh menganggar berat badan dalam kalangan warga emas, kerana nilai berat badan anggaran adalah hampir sama dengan nilai berat badan yang diukur. Kesimpulannya, persamaan yang dibentuk boleh digunakan untuk menganggar berat badan dalam kalangan warga emas, kerana nilai berat badan anggaran adalah hampir dengan nilai berat badan yang diukur. Persamaan yang dibentuk boleh digunakan untuk menganggar dalam kalangan warga emas di Malaysia. Namun begitu, kajian lanjutan ke atas populasi warga emas dalam latar klinikal diperlukan untuk memastikan bahawa persamaan yang dibentuk boleh digunakan untuk latar yang berlainan seperti dalam latar klinikal.

Item Type:Article
Keywords:Older adult; Estimate body weight; Anthropometric measurements; Body weight
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:12971
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2019 02:36
Last Modified:17 May 2019 21:47

Repository Staff Only: item control page