Prinsip Izin Maklum Awal Bebas Telus (IMABT): kajian kes Indigenous Cultural Communities & Indigenous Peoples di Filipina

Muhamad Sayuti Hassan @ Yahya, and Rohaida Nordin, (2016) Prinsip Izin Maklum Awal Bebas Telus (IMABT): kajian kes Indigenous Cultural Communities & Indigenous Peoples di Filipina. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 20 . pp. 23-31. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
342kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/Vol%2020%20...

Abstract

Artikel ini menganalisis pengoperasian hak penentuan kendiri orang asal melalui prinsip Izin Maklum Awal Bebas Telus (IMABT) dalam kalangan Indigenous Cultural Communities dan Indigenous Peoples (ICC/IP) di Filipina. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, analisis ini adalah penting untuk menilai isu pengiktirafan hak penentuan kendiri yang masih membelenggu orang asal di peringkat domestik. Sebagai pencerahan, artikel ini dibahagi kepada empat bahagian utama. Pada bahagian pertama, artikel ini menjelaskan definisi dan status hak penentuan kendiri orang asal di bawah undang-undang antarabangsa. Pada bahagian kedua menerangkan prinsip Izin Maklum Awal Bebas Telus (IMABT) dengan merujuk kepada Deklarasi PBB tentang Hak Orang Asal (DHOA). Bahagian ketiga pula menghuraikan latar belakang masyarakat orang asal di Filipina yang dikenali sebagai Indigenous Cultural Communities dan Indigenous Peoples (ICC/IP). Bahagian terakhir penulisan ini menganalisis pengiktirafan prinsip IMABT dari dua aspek utama iaitu dari segi teori dan amalan di Filipina. Artikel ini merumuskan bahawa pelaksanaan pengiktirafan hak penentuan kendiri orang asal perlu diberi perhatian oleh semua Negara agar selari dengan undang-undang antarabangsa.

Item Type:Article
Keywords:Hak penentuan kendiri; Filipina; IMABT; Orang asal; Undang-undang antarabangsa
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:12981
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 May 2019 07:19
Last Modified:17 May 2019 22:03

Repository Staff Only: item control page