Status quo perundangan Majlis Penasihat Syariah dalam kerangka kerja tadbir urus syariah bagi sistem perbankan Islam di Malaysia selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, and Ruzian Markom, (2017) Status quo perundangan Majlis Penasihat Syariah dalam kerangka kerja tadbir urus syariah bagi sistem perbankan Islam di Malaysia selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 21 . pp. 63-71. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
286kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1100

Abstract

Kerangka kerja tadbir urus syariah telah diwujudkan melalui akta regulatori perbankan Islam iaitu Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Ianya merupakan satu mekanisme yang penting bagi memastikan kelestarian pematuhan terhadap hukum syarak dalam setiap operasi sistem perbankan Islam. Selain itu, ianya berupaya menjamin kestabilan industri perbankan Islam di Malaysia disamping meningkatkan keyakinan para pemegang taruh. Majlis Penasihat Syariah ditubuhkan sebagai pihak yang berautoriti tunggal bagi memastikan hukum syarak bagi semua persoalan syariah dalam operasi dan fasiliti perbankan Islam. Bertitik tolak dari itu, artikel ini cuba mengenengahkan status quo perundangan Majlis Penasihat Syariah setelah melalui beberapa fasa perundangan negara. Untuk tujuan ini, kerangka kerja tadbir urus akan dianalisa sesuai dengan konsep pematuhan syariah dalam pengoperasian perbankan Islam. Selain dari itu, keputusan kes dan pindaan perundangan juga akan dikaji dalam memperkukuhkan status quo perundangan Majlis Penasihat Syariah.

Item Type:Article
Keywords:Majlis Penasihat Syariah; Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; Tadbir urus syariah; Sistem perbankan Islam
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:12993
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 May 2019 01:43
Last Modified:18 May 2019 06:11

Repository Staff Only: item control page