Sulh: pengadilan tanpa perbicaraan mahkamah dalam memenuhi tuntutan pasaran kewangan Islam di Malaysia

Nur Khalidah Dahlan, and Mohd Rizal Palil, and Noor Inayah Yaakub, and Mohamad Abdul Hamid, (2017) Sulh: pengadilan tanpa perbicaraan mahkamah dalam memenuhi tuntutan pasaran kewangan Islam di Malaysia. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, SI . pp. 1-22. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
580kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/Special%20I...

Abstract

Malaysia merupakan salah satu negara yang mengamalkan dua sistem ekonomi yang berbeza iaitu sistem kewangan konvensional dan sistem kewangan Islam dalam bidang perbankan. Kewujudan kedua-dua sistem kewangan ini dipraktikkan secara serentak di mana sistem perbankan yang biasa adalah berdasarkan sistem perbankan konvensional manakala sistem perbankan Islam berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Oleh hal yang demikian, artikel ini akan merujuk kepada kajian yang terdahulu mengenai perkembangan kewangan Islam, kes-kes mahkamah yang berkaitan dengan produk-produk perbankan Islam dan juga kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dalam menyelesaikan masalah terutamanya dalam aspek kewangan Islam. Perbincangan dalam artikel ini akan menumpukan ke arah menonjolkan undang-undang dan mekanisme-mekanisme penyelesaian kepada permasalahan berkaitan dengan produk kewangan Islam. Turut dititikberatkan apabila melakukan analisis terhadap kaedah analisis kandungan dokumen dan pemerhatian yang berdasarkan elemen tema dan konsep seperti kewangan Islam, perniagaan, budaya dan perilaku masyarakat terhadap kewangan Islam serta penyelesaian pertikaian alternatif bagi isu-isu dalam kewangan Islam. Antara penemuan-penemuan utama yang ditonjolkan dalam kajian ini adalah semua kes-kes yang berkaitan dengan kewangan Islam boleh diuruskan dan diselesaikan melalui kaedah sulh tanpa merujuk kepada sesuatu kriteria yang tertentu. Pelaksanaan kaedah sulh menekankan tempoh proses penyelesaian pertikaian yang singkat iaitu dalam tempoh masa 3 bulan. Proses penyelesaian pertikaian yang adil, telus dan mengikut persetujuan bersama antara pihak-pihak yang terlibat. Tiada kos dikenakan oleh mahkamah terhadap permohonan pihak-pihak yang terlibat berhubung dengan apa-apa prosiding sepanjang prosedur kerja sulh ini dilaksanakan. Akhir sekali, kaedah sulh ini walaupun kaedah penyelesaian pertikaian dalam Islam, ia boleh diguna pakai oleh pelbagai kaum dan agama tanpa prejudis bagi menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan kewangan Islam.

Item Type:Article
Keywords:Sulh; Mahkamah Muamalat; Kewangan Islam; Penyelesaian pertikaian alternative; Manual Kerja Sulh
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:12995
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 May 2019 00:23
Last Modified:18 May 2019 06:13

Repository Staff Only: item control page