Kehamilan luar nikah dari perspektif undang-undang jenayah syariah di Malaysia dan pengawalannya melalui program pencegahan

Adibah Bahori, and Siti Zubaidah Ismail, (2017) Kehamilan luar nikah dari perspektif undang-undang jenayah syariah di Malaysia dan pengawalannya melalui program pencegahan. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, SI . pp. 1-15. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
266kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/Special%20I...

Abstract

Kehamilan luar nikah adalah merupakan isu yang dihadapi oleh masyarakat global merentasi batas agama, bangsa, warna kulit dan lapisan umur. Kehamilan luar nikah bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia, bahkan masalah sosial yang dibimbangi ini turut dihadapi oleh negara-negara membangun. Tidak ada data atau perangkaan mengenai perbuatan zina kerana tidak mungkin pesalah akan tampil mengakui perbuatan mereka melainkan ada saksi. Walau bagaimanapun, data mengenai kehamilan luar nikah menjadi indikator penting tentang zina. Selain daripada faktor-faktor yang berlaku di luar kawalan seperti jenayah rogol, kehamilan dan kelahiran anak luar nikah mempunyai kaitan rapat dengan hubungan seks yang berlaku secara sukarela. Tidak semua negeri mempunyai peruntukan kesalahan hamil luar nikah. Artikel ini bertujuan menganalisis peruntukan undang-undang jenayah Syariah bagi kesalahan hamil luar nikah. Aspek yang dianalisis ialah peruntukan, elemen kesalahan dan hukuman di bawah Enakmen/Akta Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk analisis kandungan dengan merujuk Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri, jurnal-jurnal terpilih dan dokumentasi yang dijalankan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Putrajaya. Dalam menghadapi realiti ini, undang-undang yang cukup berkesan diperlukan serta pendekatan hukuman alternatif bagi pesalah hamil luar nikah dilihat mampu memberi kesan yang positif kepada pesalah di samping memperkasakan program pencegahan dalam membendung gejala ini.

Item Type:Article
Keywords:Hamil luar nikah; Salah laku seksual; Undang-undang Jenayah Syariah; Program pencegahan; Hukuman alternatif
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:12997
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 May 2019 00:36
Last Modified:18 May 2019 06:19

Repository Staff Only: item control page