Perbezaan rejim polisi pelaburan langsung asing (FDI) dalam kalangan negara anggota ASEAN: cabaran perundangan dalam merealisasikan komuniti ekonomi ASEAN berdasarkan ASEAN comprehensive investment agreement (ACIA)

Saidatul Nadia Abd Aziz, and Salawati Mat Basir, (2017) Perbezaan rejim polisi pelaburan langsung asing (FDI) dalam kalangan negara anggota ASEAN: cabaran perundangan dalam merealisasikan komuniti ekonomi ASEAN berdasarkan ASEAN comprehensive investment agreement (ACIA). Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, SI . pp. 1-16. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
236kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/Special%20I...

Abstract

Seperti mana yang telah dipersetujui dalam “AEC Blueprint”, ASEAN adalah komited dalam mencapai objektif pergerakan bebas pelaburan dan modal antara negara-negara anggotanya bermula tahun 2015. ASEAN lebih menumpukan kepada kemasukan FDI. Namun demikian ASEAN tetap melihat kepada kemungkinan integrasi kewangan serantau yang akan diikuti dengan liberalisasi industri kewangan dan pergerakan bebas modal antara negara anggota. Berdasarkan enam dimensi liberalisasi kewangan, ASEAN dilihat hanya komited kepada dua dimensi yang merupakan kunci kepada integrasi kewangan global; Kemasukan bebas ke dalam industri perkhidmatan kewangan dan juga liberalisasi aliran modal antarabangsa. Manakala baki empat dimensi iaitu yang berkenaan dengan penghapusan kawalan kredit, penghapusan kawalan kadar faedah, autonomi bank dan hak milik swasta bank semuanya adalah diambil kira sebagai kepentingan nasional. Namun demikian, walaupun ASEAN dilihat memberikan tumpuan kepada pelaburan, masih terdapat cabaran-cabaran dalam mengimplementasikan ACIA dan mencapai maksud integrasi rantau. Mengguna bahan metode analisis kandungan, bahagian pertama kertas ini akan membincangkan berkenaan dengan sejarah kerjasama pelaburan ASEAN dan menghuraikan berkenaan ACIA. Bahagian kedua pula akan memberikan gambaran polisi dan perundangan pelaburan di setiap negara anggota ASEAN. Manakala bahagian ketiga pula akan menyentuh mengenai isu rakyat diprejudis oleh liberalisasi dan bahagian keempat pula disediakan cadangan dan kesimpulan.

Item Type:Article
Keywords:ASEAN; ACIA; FDI; Komuniti Ekonomi ASEAN; Pelaburan
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:13003
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 May 2019 03:05
Last Modified:18 May 2019 06:15

Repository Staff Only: item control page