Struktur tadbir urus syariah dalam sistem perbankan Islam: analisis perbandingan antara Malaysia dan Indonesia

Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, and Ruzian Markom, (2018) Struktur tadbir urus syariah dalam sistem perbankan Islam: analisis perbandingan antara Malaysia dan Indonesia. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 22 . pp. 1-9. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
297kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1149

Abstract

Perkhidmatan dan operasi perbankan Islam oleh institusi-institusi perbankan Islam di Malaysia dan Indonesia diwajibkan untuk dijalankan dengan memenuhi prinsip syariah secara keseluruhan. Kelestarian pematuhan terhadap hukum syarak dalam setiap operasi sistem perbankan Islam adalah bergantung kepada keberkesanan pelaksanaan sistem tadbir urus syariah. Di Malaysia, struktur tadbir urus syariah diwujudkan melalui akta regulatori perbankan Islam iaitu Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 manakala Undang-undang No. 21 Tahun 2008 tentang Perbankan Islam, Undang-undang No. 12 Tahun 2011 Tentang Pembentukan Peraturan Perundang-Undangan, Peraturan Bank Indonesia No. 10/32/PBI/2008, dan Surat Kuasa Majelis Ulama Indonesia Nombor Keputusan 754/MUI/11/99 telah membentuk aturan tadbir urus syariah perbankan Islam di Indonesia. Oleh demikian, artikel ini menganalisis sistem tadbir urus syariah dalam perbankan Islam melalui perbandingan antara struktur pelaksanaannya di Malaysia dan Indonesia. Bagi tujuan tersebut, infrastruktur perundangan tadbir urus syariah serta autoriti syariah tertinggi bagi sistem perbankan Islam di kedua-dua negara diteliti dan dianalisis.

Item Type:Article
Keywords:Sistem perbankan Islam; Tadbir urus syariah; Majlis Penasihat Syariah Malaysia; Dewan Syariah Nasional Indonesia
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:13004
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 May 2019 23:54
Last Modified:21 May 2019 21:33

Repository Staff Only: item control page