Konsep kedaulatan dalam Hukum Kanun Melaka

Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, and Anisah Che Ngah, and Mohamed Anwar Omar Din, (2018) Konsep kedaulatan dalam Hukum Kanun Melaka. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 22 . pp. 61-73. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
375kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1149

Abstract

Kedaulatan merupakan aspek utama yang mencorakkan prinsip perlembagaan sesebuah kerajaan. Menurut Wan Ahmad Fauzi, kerangka konsep kedaulatan itu terdiri daripada sumber kedaulatan dan ciri-ciri kedaulatan. Menurut sejarah, Hukum Kanun Melaka adalah perlembagaan Tanah Melayu kerana ia dikuatkuasakan oleh Kesultanan Melayu Melaka seawal tahun 1424. Artikel ini bertujuan untuk menyoroti konsep kedaulatan dalam Hukum Kanun Melaka menerusi tiga aspek iaitu konsep kedaulatannya, prinsip perlembagaannya dan legitimasinya. Perbincangan di atas amat mustahak kerana ia mempunyai pertalian erat dengan kedaulatan Raja-Raja Melayu di bawah Perkara 181(1) Perlembagaan Persekutuan. Artikel ini menggunakan metode sejarah undang-undang. Dapatan menunjukkan bahawa kedaulatan dalam kerangka undang-undang Hukum Kanun Melaka adalah bersumberkan ajaran Islam berserta pengaruh adat Melayu. Ia bukan sahaja terakam dalam pelbagai peruntukan di dalamnya, bahkan diperkukuhkan melalui amalan dalam prinsip undang-undang dan sistem politiknya. Tafsiran konsep kedaulatan amat penting kerana ia menentukan dasar-dasar yang sah bagi sebuah kerajaan merdeka. Akhirnya, ia bergantung kepada bagaimana kedaulatan undang-undang itu ditakrifkan.

Item Type:Article
Keywords:Kedaulatan; Kerangka konsep kedaulatan; Hukum Kanun Melaka; Perlembagaan bertulis Tanah Melayu; Kesultanan Melayu Melaka
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:13010
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 May 2019 01:07
Last Modified:21 May 2019 21:39

Repository Staff Only: item control page