Perlakuan anti persaingan bagi maksud Seksyen 52 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015

Noradura Hamzah, and Safinaz Mohd. Hussein, and Mahmud Zuhdi Mohd Noor, (2018) Perlakuan anti persaingan bagi maksud Seksyen 52 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 23 . pp. 9-14. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
379kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1163

Abstract

Keputusan Tribunal Rayuan Persaingan yang berbeza dengan keputusan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) di dalam kes Malaysia Airlines System Berhad and Anor v Competition Commission [TRP1-2014 dan TRP2-2014] merupakan satu petunjuk bahawa wujudnya percanggahan pendapat dalam mentafsir maksud perlakuan anti persaingan di bawah seksyen 4(2) Akta Persaingan 2010. Perbezan ini berlaku kesan daripada dua pendekatan yang berbeza. (Dari sudut positif perbezaan ini telah membangunkan jurisprudens bagi perlakuan anti persaingan di Malaysia masih lagi terlalu sedikit). Namun demikian, dari sudut yang lain, perbezaan keputusan ini menyebabkan maksud perlakuan anti persaingan menjadi tidak konsisten dan boleh berubah-ubah. Kesannya, ia boleh menyebabkan tahap keyakinan pihak-pihak yang terlibat dalam undang-undang persaingan terutamanya peserta-peserta dalam industri penerbangan menjunam. Kesan jangka panjang akan menyebabkan sistem ekonomi negara akan terkesan. Oleh hal yang demikian, makalah ini membincangkan pendekatan yang sesuai untuk digunakan dalam menentukan maksud perlakuan anti persaingan di bawah seksyen 4(2) Akta Persaingan 2010. Tujuannya adalah untuk memahami dan memperjelas tentang sistem perundangan undang-undang persaingan berkaitan seksyen 4(2) Akta Persaingan 2010.

Item Type:Article
Keywords:Perlakuan anti persaingan; Undang-undang persaingan; Industri transport udara; Penerbangan
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:13013
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 May 2019 23:51
Last Modified:23 May 2019 21:32

Repository Staff Only: item control page