Kelestarian prinsip-prinsip muamalat dalam sistem perbankan Islam di Malaysia: rangka kerja tadbir urus syariah

Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, and Ruzian Markom, (2018) Kelestarian prinsip-prinsip muamalat dalam sistem perbankan Islam di Malaysia: rangka kerja tadbir urus syariah. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, SI . pp. 19-38. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
403kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/Special%20I...

Abstract

Industri perbankan Islam sedang pesat berkembang dalam atmosfera persekitaran yang kian kompleks dan mencabar. Ciri utama sistem perbankan Islam terletak pada rangka kerja tadbir urus syariah bagi operasi dan perkhidmatan perniagaan perbankan Islam. Walau bagaimanapun, sistem tadbir urus syariah bukan suatu perkara yang baharu. Ia telah dibuktikan menyamai amalan hisbah dalam pentadbiran Islam silam. Dalam sistem perbankan Islam, pematuhan yang tegas terhadap prinsip-prinsip muamalat dalam syariah amat dititikberatkan. Oleh itu, rangka kerja tadbir urus syariah yang kukuh serta mampan diperlukan bagi merealisasikan sistem perbankan Islam yang mantap dan stabil. Pelaksanaan tadbir urus syariah yang juga bertindak sebagai suatu teras dan sempadan yang membezakan antara perbankan Islam dengan konvensional. Oleh hal yang demikian, artikel ini menganalisis rangka kerja tadbir urus syariah dalam perbankan Islam di Malaysia yang merangkumi Majlis Penasihat Syariah sebagai autoriti syariah tertinggi jawatankuasa syariah, pengawasan syariah dan audit syariah di institusi-institusi perbankan Islam.

Item Type:Article
Keywords:Sistem perbankan Islam; Pengawasan dan pematuhan syariah; Majlis Penasihat Syariah; Resolusi syariah; Jawatankuasa syariah
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:13019
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2019 01:10
Last Modified:26 May 2019 21:46

Repository Staff Only: item control page