Program pemulihan di dalam penjara bagi pesalah jenayah: kajian di Jabatan Penjara Malaysia

Hasnizam Hashim, and Chow, Norman Zakiyy Jen-T’Ciang and Ramalinggam Rajamanickam, (2018) Program pemulihan di dalam penjara bagi pesalah jenayah: kajian di Jabatan Penjara Malaysia. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, SI . pp. 72-86. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
276kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/Special%20I...

Abstract

Dalam memahami konsep kepenjaraan pada masa ini, penjara sebenarnya bukan sahaja merupakan tempat untuk menghukum mereka yang melakukan kesalahan, namun lebih menjurus sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk memulih, memimpin dan mendidik pesalah agar menjadi individu yang berdisiplin dan bertanggungjawab setelah mereka kembali ke pangkuan masyarakat. Dalam konteks Malaysia, agenda pemulihan pesalah jenayah merupakan agenda utama kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah. Menyedari hakikat ini, kerajaan melalui Pelan Hala Tuju Transformasi telah memberikan penekanan terhadap kepentingan memperbaik program pemulihan dalam penjara untuk mengurangkan kecenderungan kesalahan berulang. Penulisan yang menggunakan pendekatan kualitatif ini akan menjelaskan tentang program pemulihan di dalam penjara yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia ke atas pesalah jenayah yang menjalani hukuman penjara. Penulisan dibuat dengan merujuk dokumen berkaitan modul pemulihan serta temu bual pakar. Penulisan ini penting bagi mengetengahkan pengalaman Jabatan Penjara Malaysia dalam membangun dan melaksanakan modul pemulihan di dalam penjara. Kajian mendapati bahawa pembangunan modul pemulihan bagi pesalah jenayah yang menjalani hukuman penjara adalah seimbang dengan mengambil kira aspek pemulihan fizikal, mental, sikap, akhlak dan rohani.

Item Type:Article
Keywords:Program pemulihan; Pesalah jenayah; Jabatan Penjara Malaysia
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:13022
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2019 01:36
Last Modified:26 May 2019 21:42

Repository Staff Only: item control page