Kedudukan Orang Asli pada era penjajahan

Muhamad Sayuti Hassan @ Yahya, and Rohaida Nordin, (2018) Kedudukan Orang Asli pada era penjajahan. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, SI . pp. 128-142. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
336kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/Special%20I...

Abstract

Objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis sejarah dan kedudukan Orang Asli pada era penjajahan. Aspek sejarah ini adalah penting bagi menjelaskan kedudukan Orang Asli dan implikasi sejarah terhadap pengenalan undang-undang berkaitan Orang Asli. Sehubungan itu, bagi mencapai objektif tersebut, artikel ini menerangkan latar belakang Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang merangkumi definisi Orang Asli, klasifikasi Orang Asli dan asal usul Orang Asli secara ringkas. Selain menfokuskan kedudukan Orang Asli pada zaman penjajahan, artikel ini turut membincangkan kedudukan Orang Asli pada zaman sebelum penjajahan yang meliputi aspek sosioekonomi dan politik. Artikel ini mendapati bahawa kedudukan Orang Asli mula berubah setelah masyarakat Melayu mendominasi dan seterusnya perubahan makin ketara apabila penjajah luar mula bertapak di Tanah Melayu. Penjajahan kuasa luar juga telah memberikan kesan terhadap layanan dan undang-undang berkaitan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Kedudukan Orang Asli mula mengalami beberapa perubahan dan pembaharuan setelah merdeka. Sungguhpun begitu, tragedi hitam dan kesengsaraan yang dialami Orang Asli pada era penjajahan dan darurat tidak begitu mudah untuk dilupakan dan terus terpahat sebagai sejarah hidup masyarakat Orang Asli.

Item Type:Article
Keywords:Orang Asli; JAKOA; Zaman penjajahan; Undang-undang
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:13026
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 May 2019 03:03
Last Modified:26 May 2019 21:31

Repository Staff Only: item control page