Tang, A Rahman Abdullah and Saidah Alih, (2017) Proses kemerdekaan Sabah dan Sarawak (1961-1963): tinjauan kembali aplikasi perundangan dalam penubuhan Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 44 (1). pp. 24-57. ISSN 2180-0251
|
PDF
487kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/971
Abstract
Makalah ini membincangkan isu-isu perundangan yang berkaitan dengan perdebatan berkenaan status-quo Sabah dan Sarawak dalam penubuhan Persekutuan Malaysia dalam konteks sejarah dalam tempoh 1961-1963. Isu-isu perundangan yang dikaitkan dengan kedudukan Sabah dan Sarawak masih mendominasi perdebatan politik di Malaysia. Perdebatan ini berpunca daripada isu-isu yang dikaitkan dengan Memorandum 20 Perkara, perjanjian penubuhan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tahun 1963. Pada masa yang sama, perdebatan tersebut mempersoalkan keabsahan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang mengesahkan suara majoriti rakyat di kedua-dua buah wilayah tersebut untuk menyertai Persekutuan Malaysia. Laporan ini juga telah menjadi asas permulaan yang membawa kepada proses penggubalan Perlembagaan Malaysia melalui Laporan Jawatan Kuasa Antara Kerajaan. Seterusnya, penubuhan Malaysia telah dimeteraikan melalui Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963. Perjanjian Malaysia ini memberikan jalan kepada pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 yang memperuntukkan kedudukan kedua-dua wilayah tersebut dalam Persekutuan Malaysia. Situasi ini juga melibatkan applikasi perundangan kepada kemerdekaan Sabah dan Singapura (31 Ogos 1963) dan penubuhan Persekutuan Malaysia (16 September 1963) yang didasarkan kepada status-quo perundangan yang dikaitkan dengan perjanjian Malaysia itu sendiri dan kemudiannya dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tahun 1963. Isu kemerdekaan ini semakin dikelirukan lagi dengan mitos pengisytiharan hari kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963 yang hanya merupakan sentiment politik masa kini dan ia tidak berdasarkan kepada asas sejarah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Malaysia; Sabah; Sarawak; Isu-isu perundangan; Kemerdekaan |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 13028 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 24 May 2019 00:40 |
Last Modified: | 26 May 2019 21:59 |
Repository Staff Only: item control page