Siti Maisarah Bakar, and Zulkanain Abdul Rahman, (2017) Pentadbiran Naning sebelum 1832. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 44 (1). pp. 89-118. ISSN 2180-0251
|
PDF
457kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/971
Abstract
Sebelum dikuasai oleh British pada 15 Jun 1832, Luak Naning adalah bertaraf negeri dan mempunyai kuasa mutlak dengan Penghulu sebagai ketuanya. Dua kuasa Eropah yang pernah menjajah Naning sebelum British ialah Portugis dan Belanda. Naning merupakan satu-satunya negeri di Tanah Melayu yang diperintah oleh Penghulu, dan dibantu oleh Pembesar Empat Suku yang mewakili suku masing-masing. Fokus perbincangan dalam artikel ini ialah kelangsungan sistem pentadbiran tradisional di Naning yang mengikut Adat Perpatih walaupun pernah dikuasai oleh Portugis dan Belanda. Sistem pentadbiran tradisional di Naning adalah sistematik, teratur dan berupaya mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan masyarakat tempatan kemudiannya diubah oleh British pada 1832. Perbincangan akan dihalakan kepada pemilihan Dato’ Naning, susunan pentadbiran, pembahagian bidang tugas dan kuasa para pemimpin tempatan di Naning.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Portugis; Belanda; Naning; Adat Perpatih; Penghulu |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 13030 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 24 May 2019 01:00 |
Last Modified: | 26 May 2019 21:52 |
Repository Staff Only: item control page