Pembentukan Malaysia dan rancangan alternatif Filipina menuntut Sabah pasca kegagalan misi irredentism Filipina, 1963-1965

Norizan Kadir, (2017) Pembentukan Malaysia dan rancangan alternatif Filipina menuntut Sabah pasca kegagalan misi irredentism Filipina, 1963-1965. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 44 (1). pp. 180-214. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
505kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/971

Abstract

Pasca kegagalan misi irredentism Filipina menuntut Sabah dan menggagalkan rancangan pembentukan Malaysia memperlihatkan satu lagi fasa baharu usaha menuntut Sabah di bawah kepimpinan Presiden Diosdado Macapagal. Namun dalam fasa ini, Macapagal berhadapan dengan situasi getir dan dilema sama ada untuk meneruskan rancangan menuntut Sabah atau membina hubungan diplomatik dengan Kerajaan Malaysia sekaligus mengiktiraf penubuhan Malaysia. Keadaan menjadi lebih rumit lagi apabila Filipina terpaksa menjadi mediator antara Malaysia dan Indonesia bagi mengakhiri Konfrontasi yang dilancarkan Indonesia. Keengganan Filipina mengiktiraf kedaulatan Malaysia yang baru sahaja ditubuhkan mendapatkan kritikan dan kecaman hebat daripada negara-negara serantau, Britain dan Amerika Syarikat. Dasar luar Filipina terhadap Malaysia yang begitu dipengaruhi oleh Presiden Sukarno turut dikritik oleh sebahagian pemimpin Filipina yang menganggap Macapagal sengaja melengah-lengahkan proses pengiktirafan kedaulatan Malaysia. Presiden Macapagal yang masih tercari-cari kaedah dan formula terbaik untuk menyambung tuntutannya ke atas Sabah akhirnya mengambil tindakan unilateral dengan membawa isu tuntutan kepada International Court of Justice (ICJ) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan keengganan Malaysia untuk mempertimbangkan tuntutan tersebut. Ringkasnya, kajian ini menganalisis perkembangan tuntutan Filipina ke atas Sabah pasca pembentukan Malaysia dan hubungan multilateral antara Filipina-Malaysia-Indonesia dalam dua tahun terakhir kepimpinan Presiden Macapagal. Analisis dilakukan ke atas dokumen-dokumen dan rekod sejarah daripada pelbagai sumber termasuklah rekod-rekod British di National Archive, London.

Item Type:Article
Keywords:Irredentism; Diplomatik; Tuntutan; Multilateral; Unilateral; Kedaulatan
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:13034
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 May 2019 01:44
Last Modified:26 May 2019 21:55

Repository Staff Only: item control page