Reaksi China terhadap strategi pivot atau keseimbangan semula Amerika Syarikat ke rantau Asia

Hisham Kamal Othman Kamal, and Nor Azizan Idris, (2017) Reaksi China terhadap strategi pivot atau keseimbangan semula Amerika Syarikat ke rantau Asia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 44 (1). pp. 215-239. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
487kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/971

Abstract

Pengumuman Amerika Syarikat untuk kembali ke rantau Asia melalui strategi imbangan semula mencetuskan perasaan ketidaktentuan di kalangan penganalisis strategik China. Strategi ini dibentuk AS bagi menghadapi pelbagai cabaran serantau terutamanya dari kebangkitan kuasa China melalui sokongan negara pakatan dan rakan supaya terus mengekalkan kepimpinan mereka di rantau Asia. Artikel ini membincangkan berkenaan beberapa pandangan dan penilaian penganalisis strategik China terhadap strategi AS di Asia yang menjadi ciri penting dalam polisi keselamatan serta politik pentadbiran Obama. Strategi yang diperbaharui AS dipengaruhi dua faktor penting yang mengubah kuasa global terhadap rantau Asia seperti pertumbuhan ekonomi pesat negara serantau dan cabaran baru yang mempengaruhi dominasi AS terhadap orde antarabangsa semasa. Selain itu, artikel turut mengemukakan tiga persoalan utama seperti sejauh mana penganalisis strategik China melakukan penilaian terhadap strategi imbangan semula AS; intipati strategi tersebut kepada kepimpinan China; dan sama ada penilaian yang dilakukan memenuhi paradigma realis atau sebaliknya. Secara umumnya, artikel ini memberikan perbahasan polisi dan pandangan penganalisis China berkenaan strategi AS di samping menunjukkan peningkatan sentimen ancaman dari strategi AS di kalangan elit serta awam China. Natijahnya, strategi AS hanya meningkatkan keadaan dilema keselamatan antara kedua-dua negara.

Item Type:Article
Keywords:Strategi pivot; China; Amerika Syarikat; Pentadbiran Obama; Dilema keselamatan; Rantau Asia Pasifik
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:13035
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 May 2019 01:56
Last Modified:26 May 2019 21:53

Repository Staff Only: item control page