Keperluan peta kerentanan bencana sebagai input dalam pengurusan guna tanah: kajian kes Universiti Kebangsaan Malaysia

Nurfashareena Muhamad, and Lim, Choun-Sian and Mohammad Imam Hasan Reza, and Joy Jacqueline Pereira, (2019) Keperluan peta kerentanan bencana sebagai input dalam pengurusan guna tanah: kajian kes Universiti Kebangsaan Malaysia. Sains Malaysiana, 48 (1). pp. 33-43. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil1_2...

Abstract

Limpahan pesat aktiviti tepu bina di UKM Bangi untuk memenuhi kehendak dan juga keperluan warganya menjadikan ia setara fungsi satu pekan kecil. Di samping pembangunan yang pesat, UKM turut mengalami insiden kegagalan cerun, tanah runtuh dan banjir kecil di beberapa kawasan dalam kampus. Kajian ini direka untuk menyepadukan maklumat pelbagai dimensi untuk menyokong membuat keputusan dalam pengurusan guna tanah untuk menangani isu bencana di kampus ini. Objektif kajian adalah untuk: mengenal pasti maklumat pelbagai dimensi yang menyumbang kepada bencana di UKM dan membangunkan satu peta kerentanan tanah runtuh dan banjir untuk menyokong dalam membuat keputusan secara termaklum. Melalui pendekatan heuristik, tiga kaedah utama telah digunakan untuk menghasilkan peta kerentanan tanah runtuh dan banjir iaitu: analisis kandungan untuk mengenal pasti kriteria yang menyumbang kepada tanah runtuh dan banjir; elisitasi pakar untuk memberi nilai pemberat terhadap kriteria; dan analisis tindan-lapis untuk memproses dan menjana peta tematik. Kriteria yang menyumbang kepada tanah runtuh dan banjir dikategorikan kepada faktor hujan, topografi, struktur geologi dan ciri-ciri geomorfologi yang seterusnya diberi nilai pemberat. Peta kerentanan tanah runtuh yang terhasil menunjukkan kelas kerentanan tinggi merupakan kelas terbesar di UKM dengan keluasan sebanyak 6.10 km2 bersamaan 51.91% daripada jumlah keluasan asal kampus. Analisis terhadap lokasi insiden lepas mendapati kesemua taburan tanah runtuh berlaku pada kelas kerentanan sederhana, tinggi dan sangat tinggi. Hampir separuh daripada jumlah taburan tanah runtuh berlaku pada kelas kerentanan tinggi iaitu 57.14% yang merupakan peratusan terbesar. Peta kerentanan banjir menunjukkan UKM turut terdedah kepada banjir. Majoriti kawasan kampus didominasi oleh kelas kerentanan sederhana dengan keluasan sebanyak 6.5 km2 kira-kira hampir 56% daripada keluasan asal. Aset penting universiti dan laluan utama kampus ini yang bersebelahan dengan saliran sungai terletak di dalam kawasan berkerentanan tinggi. Situasi ini agak membimbangkan kerana terdapat infrastruktur penting di sekitar kawasan ini. Input berguna yang diperoleh melalui kajian ini telah menunjukkan keupayaan peta kerentanan tanah runtuh dan banjir sebagai medium yang bermaklumat dalam perancangan guna tanah sebelum menjalankan sebarang aktiviti pembangunan di sesuatu kawasan.

Item Type:Article
Keywords:GIS; Pengurangan risiko bencana; Perancangan guna tanah; Peta kerentanan bahaya; UKM
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:13051
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jun 2019 07:42
Last Modified:20 Jun 2019 15:08

Repository Staff Only: item control page