Potensi anti-hiperglisemia Lunasia amara dan kesannya terhadap parameter kesuburan tikus jantan teraruh-diabetes

Nor-Raidah Rahmat, and Amira Kamalrudin, and Shazrul Fazry, and Mahanem Mat Noor, (2019) Potensi anti-hiperglisemia Lunasia amara dan kesannya terhadap parameter kesuburan tikus jantan teraruh-diabetes. Sains Malaysiana, 48 (1). pp. 103-109. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
7MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil1_2...

Abstract

Lunasia amara telah digunakan dalam perubatan tradisi untuk merawat diabetes mellitus. L. amara dilaporkan mampu meningkatkan kesuburan tikus jantan normal pada dos 60 mg/kg berat tubuh. Kajian ini dijalankan untuk menentukan potensi ekstrak akuas batang L. amara sebagai agen anti-hiperglisemia dan keupayaannya mempertingkatkan parameter kesuburan tikus jantan teraruh-diabetes. Tikus teraruh-diabetes dibahagikan kepada enam kumpulan (n=5), masing-masing menerima perlakuan secara suap paksa ekstrak akuas L. amara (dos 60, 120, 250 dan 500 mg/kg berat tubuh), 500 mg/kg berat tubuh metformin dan air suling setiap hari selama tujuh hari. Manakala, kumpulan ke-tujuh merupakan kawalan normal (n=5) tanpa aruhan diabetes yang menerima perlakuan air suling (1 mL/tikus). Berdasarkan hasil kajian, dos anti-hiperglisemia yang berkesan iaitu 250 dan 500 mg/kg berat tubuh L. amara dipilih untuk melihat pengaruhnya ke atas kualiti sperma dan histologi testis tikus teraruh-diabetes. Hanya tikus teraruh-diabetes dengan perlakuan 500 mg/kg berat tubuh ekstrak L. amara digunakan untuk melihat taburan pengambilan 2-(N-(7-nitrobenz-2-oksa-1,3-diazol-4-il)amino)-2-deoksiglukosa (2-NBDG) di dalam testis. Selepas 30 hari perlakuan, tikus teraruh-diabetes dengan perlakuan 250 dan 500 mg/kg berat tubuh L. amara didapati merencat kesemua parameter kesuburan jantan yang dikaji walaupun berkesan dalam menurunkan aras glukosa darah. Perlakuan dengan dos 500 mg/kg berat tubuh L. amara juga tidak berupaya menggalakkan pengambilan 2-NBDG ke dalam sel testis tikus teraruh-diabetes berbanding kumpulan kawalan. Ini menunjukkan mekanisme anti-hiperglisemia L. amara tidak melibatkan pembaikan fungsi insulin daripada segi pengambilan 2-NBDG ke dalam testis serta tidak mampu menyumbang kepada pembaikan parameter kesuburan tikus jantan teraruh-diabetes.

Item Type:Article
Keywords:2-NBDG; Diabetes mellitus; Kesuburan jantan; Lunasia amara
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:13058
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jun 2019 23:58
Last Modified:20 Jun 2019 15:10

Repository Staff Only: item control page