Pengaruh teknik pengeringan yang berbeza terhadap ketumpatan, keliangan dan kebioaktifan β-wolastonit daripada batu kapur tempatan dan jerami padi

Hamisah Ismail, and Shun, Xiang Yau and Roslinda Shamsudin, and Muhammad Azmi Abdul Hamid, (2019) Pengaruh teknik pengeringan yang berbeza terhadap ketumpatan, keliangan dan kebioaktifan β-wolastonit daripada batu kapur tempatan dan jerami padi. Sains Malaysiana, 48 (1). pp. 165-172. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil1_2...

Abstract

Pengaruh teknik pengeringan yang berbeza terhadap ketumpatan, keliangan dan kebioaktifan sampel β-wolastonit dikaji dan dibandingkan antara dua teknik pengeringan; kering beku pada -40°C dan di dalam inkubator pada suhu badan (36.5°C). Sampel β-wolastonit dihasilkan daripada batu kapur terkalsin dan abu jerami dengan nisbah CaO:SiO2 pada 45:55. Campuran ini diautoklaf selama 8 jam, kemudian dikeringkan dan disinter pada suhu 950°C selama 3 jam. Sampel β-wolastonit dibentuk menjadi silinder dan dikeringkan menggunakan dua teknik pengeringan iaitu kering beku pada suhu -40°C selama 12 jam dan pada suhu badan (36.5°C) selama dua hari di dalam inkubator. Kemudian, sifat ketumpatan, keliangan dan kebioaktifan sampel berbentuk silinder ini diperiksa. Didapati bahawa penggunaan teknik pengeringan kering beku menghasilkan sampel β-wolastonit yang lebih tumpat, (3.20 gcm-3) berbanding pengeringan pada suhu badan (3.03 gcm-3). Sampel yang dikering beku mempunyai bilangan liang yang lebih rendah berbanding dengan sampel yang dikeringkan pada suhu badan, masing-masing dengan 47.5% dan 53.8%. Bagi sifat kebioaktifan, selepas direndam selama 21 hari di dalam larutan SBF, didapati kalsium fosfat amorfus (ACP) dengan nisbah molar Ca/P yang berkisar antara 1.2 - 2.0 dan hidroksiapatit kurang kalsium (CDHA) dengan nisbah molar Ca/P pada 1.5 - 1.67, terhasil pada permukaan sampel β-wolastonit bagi kedua-dua teknik pengeringan.

Item Type:Article
Keywords:Abu jerami padi; β-wolastonit; Kebioaktifan; Keliangan; Ketumpatan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:13065
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jun 2019 01:12
Last Modified:20 Jun 2019 14:42

Repository Staff Only: item control page