Kebolehupayaan fitoremediasi oleh Azolla pinnata dalam merawat air sisa akuakultur

Farah Diyana Ariffin, and Azhar Abdul Halim, and Marlia Mohd Hanafiah, and Nor Azira Ramlee, (2019) Kebolehupayaan fitoremediasi oleh Azolla pinnata dalam merawat air sisa akuakultur. Sains Malaysiana, 48 (2). pp. 281-289. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
784kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol48num2_2...

Abstract

Isu kekurangan sumber air bersih merupakan salah satu masalah utama pada masa kini. Bahan pencemar di dalam air merupakan antara penyumbang kepada masalah ini. Salah satu alternatif yang utama dalam penyingkiran bahan pencemar daripada air sisa adalah melalui kaedah fitoremediasi. Kajian ini bertujuan mengkaji kecekapan Azolla pinnata dalam merawat air sisa menggunakan kaedah fitoremediasi. Keberkesanan A. pinnata untuk menyerap nutrien adalah bergantung kepada kualiti air sisa dan kuantiti A. pinnata yang digunakan. Seterusnya satu uji kaji untuk menentukan biojisim A. pinnata selepas rawatan fitoremediasi telah dijalankan. Dalam hasil kajian ini, ammonia dan fosfat merupakan parameter yang utama dalam menentukan keberkesanan rawatan air sisa akuakultur menggunakan kaedah fitoremediasi A. pinnata. Hasil kajian menunjukkan penurunan drastik nilai ammonia apabila air sisa dirawat menggunakan A. pinnata iaitu daripada nilai bacaan purata 7.47 ke 1.67 mg/L. Sementara itu, kepekatan fosfat juga menunjukkan penurunan ketara selepas air sisa dirawat dengan A. pinnata daripada nilai purata 5.73 kepada 1.22 mg/L. Hasil daripada rawatan air sisa akuakultur dengan menggunakan fitoremediasi A. pinnata dapat menunjukkan perubahan disebabkan oleh peningkatan biojisim dengan nilai tertinggi 147.26 gram.

Item Type:Article
Keywords:Akuakultur; Azolla pinnata; Fitoremediasi; Rawatan air sisa
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:13078
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jun 2019 07:39
Last Modified:22 Jun 2019 00:21

Repository Staff Only: item control page