Hak pesakit bagi melaksanakan arahan awal perubatan: suatu gambaran umum

Mohd Zamre Mohd Zahir, and Tengku Noor Azira Tengku Zainudin, and Haniwarda Yaakob, and Ramalinggam Rajamanickam, and Husyairi Harunarashid, and Ahmad Azam Mohd Shariff, and Zainunnisaa Abd Rahman, and Muhammad Hatta, (2019) Hak pesakit bagi melaksanakan arahan awal perubatan: suatu gambaran umum. Sains Malaysiana, 48 (2). pp. 353-359. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
181kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil2_2...

Abstract

Setiap pesakit berhak menentukan apa yang beliau mahu atau tidak mahu dilakukan ke atas tubuh badan mereka. Perbincangan tentang hak pesakit bagi meneruskan atau meninggalkan rawatan perubatan akan memberi kesan kepada hak mereka untuk kekal hidup atau tidak. Huraian tentang hak pesakit telah dinyatakan dalam Piagam Pesakit, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Dalam keadaan ini, keizinan pesakit menjadi faktor penting sama ada doktor dibenarkan meneruskan rawatan perubatan terhadap pesakit atau tidak. Arahan Awal Perubatan (AMD) adalah satu dokumen khusus bagi menyatakan kehendak pesakit berkeupayaan sama ada ingin meneruskan atau meninggalkan rawatan perubatan tentang pelan perubatan masa hadapannya sekiranya beliau menjadi tidak berkeupayaan. Rujukan di England dibuat dan keputusannya mendapati bahawa terdapat suatu peruntukan perundangan khusus berhubung dengan AMD. Berbanding dengan Malaysia, AMD masih dianggap bukan perkara lazim dan kedudukannya dalam aspek perundangan masih tidak jelas. Maka, objektif artikel ini adalah membincangkan hak-hak pesakit dewasa dengan mengambil kira AMD di Malaysia dan asas undang-undang yang berkaitan dengannya. Kaedah yang digunakan di dalam artikel ini adalah kualitatif. Keputusan daripada penulisan kertas ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang hak pesakit dewasa berhubung dengan perlaksanaan AMD di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Arahan Awal Perubatan (AMD); Autonomi; Hak pesakit; Keizinan; Rawatan perubatan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:13087
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jun 2019 00:58
Last Modified:22 Jun 2019 00:34

Repository Staff Only: item control page