Elektrod superkapasitor daripada komposit karbon teraktif dan grafen dengan perekat PVDF-HFP

Mohamad Redwani Mohd Jasni, and Mohamad Deraman, and Zalita Zainuddin, and Chia, Chin Hua and Ramli Omar, (2019) Elektrod superkapasitor daripada komposit karbon teraktif dan grafen dengan perekat PVDF-HFP. Sains Malaysiana, 48 (2). pp. 407-417. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil2_2...

Abstract

Elektrod superkapasitor elektrokimia dwi-lapisan telah dihasilkan menggunakan serbuk karbon monolit teraktif (KMT) sebagai bahan pemula dan grafen sebagai bahan tambah. Elektrod telah disediakan dengan mencampurkan serbuk KMT dan grafen dengan peratus berat yang berbeza (0, 5, 10, 20 dan 40 % bt.) yang ditambah larutan polivinilidena fluorida-heksafluoropropilena (PVDF-HFP) sebagai agen perekat serta karbon hitam sebagai agen konduksian. Pencirian fizikal dijalankan ke atas elektrod dengan menggunakan kaedah pembelauan sinar-X (XRD) dan isoterma jerapan-nyahjerapan. Prestasi sel superkapasitor dengan elektrolit akueus 6 M KOH telah diuji menggunakan kaedah spektroskopi impedans elektrokimia (EIS), voltametri berkitar (CV) dan cas-discas galvanostatik (GCD). Sel superkapasitor dengan bahan tambah grafen 5 % bt. (KMT05) didapati mempunyai kapasitans tentu yang tertinggi (172 F g-1), tenaga tentu yang tertinggi (11 Wh kg-1), kuasa tentu yang tertinggi (196.13 W kg-1), masa gerak balas terendah (2 s) serta rintangan pemindahan cas terendah (2.4 Ω) berbanding sel-sel yang lain. Ini menunjukkan bahawa bahan tambah grafen 5 % bt. adalah optimum untuk meningkatkan prestasi sel. Hasil ini selaras dengan saiz mikrohablur serta luas permukaan tentu KMT05X yang lebih besar berbanding KMT tanpa bahan tambah grafen (KMT00X).

Item Type:Article
Keywords:Elektrolit akueus; Elektrod perekat; Grafen; Karbon monolit teraktif; Serbuk karbon swa-merekat
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:13094
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jun 2019 04:00
Last Modified:22 Jun 2019 00:29

Repository Staff Only: item control page