Kajian keberkesanan pengekstrakan torium daripada larutan asid hidroklorik menggunakan Di(2-Etilheksil) asid fosforik (D2EHPA)

Ahmad Hayaton Jamely Mohd Salehuddin, and Eli Syafiqah Aziman, and Che Nor Aniza Che Zainul Bahri, and Muhammad Amirul Rafiq Ahmad Affendi, and Wan Mohd Razi Idris, and Aznan Fazli Ismail, (2019) Kajian keberkesanan pengekstrakan torium daripada larutan asid hidroklorik menggunakan Di(2-Etilheksil) asid fosforik (D2EHPA). Sains Malaysiana, 48 (2). pp. 419-424. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
562kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil2_2...

Abstract

Pengekstrakan torium daripada larutan akueus torium tetraklorida (ThCl4) telah dilakukan dengan menggunakan larutan organik Di-(2-etikheksil) asid fosforik dalam kerosen (D2EHPA/K). Objektif kajian ini adalah untuk menentukan parameter kepekatan organik dalam pelarut dan masa campuran optimum yang mempengaruhi kecekapan pengekstrakan. Campuran torium - nadir bumi hidroksida ([Th-RE](OH)4) daripada sumber kepekatan monazit tempatan dilarutkan dalam asid hidroklorik (HCl) pada kepekatan 3 dan 4 molariti. Larutan akueus [Th-RE](OH)4 ini dicampurkan dengan pelarut organik D2EHPA/K pada kepekatan berbeza iaitu 10%, 20% dan 30%. Sebatian diaduk selama 5 hingga 20 min sebelum fasa larutan akueus dan organik dipisahkan. Kepekatan torium sebelum dan selepas pengekstrakan dianalisis menggunakan Spektrometri Jisim Plasma Gandingan Teraruh (ICP-MS). Keputusan kajian mendapati peningkatan kepekatan torium dalam larutan akueus (Th-RE)OH4 dalam julat 119.40 ± 3.43 – 121.13 ± 3.18 ppm berbanding sebelumnya. Kecekapan pengekstrakan optimum bagi torium ialah 99.8%, menggunakan D2EHPA/K pada kepekatan 30%. Keputusan kajian juga mendapati masa optimum bagi proses campuran dan pemisahan torium dalam larutan akueus kepada fasa organik masing - masing adalah 5 min. Sehubungan dengan itu, kajian ini membuktikan D2EHPA berpotensi untuk digunakan sebagai agen pengekstrakan torium daripada larutan asid hidroklorik.

Item Type:Article
Keywords:D2EHPA; Kerosen; Monazit; Pengektrakan torium
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:13095
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jun 2019 04:14
Last Modified:22 Jun 2019 00:28

Repository Staff Only: item control page